CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Seram... Patung Anak Berhantu. Dulu Ustaz Cakap Tak Percaya, Dah Kena Baru Sedar

27-12-2017 02:14 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 9716| Komen: 31|Original author: Oleh: Whitney


Kalau dah ada anak kecil, biasalah kan ada patung dalam rumah sebab anak-anak suka main patung. Tapi lain jadinya apabila patung itu rupanya ada roh dan mula membuatkan anak-anak demam. 

Aziey Mat Ghani berkongsi cerita di facebook miliknya tentang patung anaknya yang berhantu dan bergerak sendiri sehingga membuatkan anaknya demam panas. 

Dia mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan kejadian mistik sebegitu kerana dia sebelum ini tidak percaya pada nasihat ustaz tentang patung yang berada di dalam rumah namun berubah fikiran setelah ia benar-benar berlaku pada diri dan anaknya. 




Rupanya ramai yang pernah alami kejadian mistik sebegini dan netizen turut berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing. Maknanya betul la ye benda-benda macam ni wujud?


Memang seram kalau jadi kat diri sendiri. Dah la anak sedang demam. Kadang-kadang kita pun dapat rasa 'benda' tu ada dalam rumah. Meremang bulu roma...


Tapi ada yang tak percaya. Belum kena boleh la cakap besar. Sekali dah kena kat diri sendiri baru padam muka. 

Yang kecam pasal anak patung yang kotor dan comot tu pun satu, dah budak-budak yang main, mestilah kotor di bawa ke hulu ke hilir. 


Biasa la tu, kalau tak kena pada diri sendiri tu memang susah la nak percaya kan? Tapi bila dah kena kat diri sendiri, masing-masing boleh la ambil pengajaran. 

Mana yang ustaz cakap tu, ada betulnya. Jadi, kalau ada patung yang saja-saja nak simpan tu, elok la buang. - CARI 


8

Bagus
6

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 27-12-2017 03:18 PM
mmg xbole belai2 patung ni
patung teddy bear anak byk2 kat umah mmg aku buat jadi bola sepak
Quote puteribaya 27-12-2017 04:23 PM
kalau anak masih dalam fasa umur bermain patung2 ok la simpan..tapi kalu dah lepas fasa umur..buanglah..rumah yg ada patung2 hiasan tidak akan dimasuki malaikat rahmat..wallahua'lam..utk tidak membazir semua patung2 bear anak2 meols..dah selamat disedekah kan pada lori baju2 terpakai dan mainan2 terpakai, kata driver tu utk rumah2 anak yatim..patung2 tu semua masih eluk..
Quote zulka 27-12-2017 04:26 PM
aku ada bantal peluk buaya kat umah....sama besar dgn aku, beli kat bundle singapore....sedap peluk
Quote damian_lee 27-12-2017 07:07 PM
Aku trauma dengan patung baby yang boleh nangis tu

Xtau la korang percaya hantu ke tak
Tapi itu pengalaman aku

Sebab my sis dulu ada patung tu
Malam2 aku nampak ada lembaga duduk bucu katil aku tengah dodoi anak patung yang tengah nangis tu

So yeahhh aku benci anak patung sejak itu

Gituuuu
Quote garyura 27-12-2017 07:16 PM
Dulu masa anak aku umur 2-3 tahun aku beli patung patrik star.....satu pagi tu bini aku ngadu kata semalam patung tu ada kat dpn...bgn pg tetiba je anak patung tu elok je ada atas kerusi dlm bilik tengah...3-4 mlm jd benda yg sama.....

sampai satu mlm tu aku nk pastikan betul2 patung tu kat ruang tamu...mlm tu masa nk tdo tetiba anak aku bangun pegi kat dpn ambik patung tu masuk bilik tgh dan dudukkan patung tu atas kerusi...

Bila aku tanya kenapa buat mcm tu anak aku jawab patrik nak tido hehehe....kesian bini aku 2-3 hari takut duduk rumah
Quote Genkidesuka 27-12-2017 09:38 PM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Patung utk mainan anak2 or utk dilenyek2 bw tidur tkpa ada dlm rumah.  Kalau patung dijdkn perhiasan yg tk boleh.  Patung beralih kedudukan tu biasalah... adalah makhluk halus saja prank tukang alihkan.  Bukannya ada roh jahat dlm patung tu.  Ni bukan cerita chucky or annabelle.  Roh sibuk kt alam barzakh dah.
Wallahu'alam.
Quote kroit92 27-12-2017 10:54 PM
penah jadi kat aku gak,

makcik aku ada patung baby, yang lama punya tu, saiz baby sebenar,
dia dah besar, tanak buang patung tu, letak je dalam bilik tido dia.
waktu tu aku kecik, umo 5-6 tahun, macam biasa la budak kecik. balik kampung, nak explore setiap pelusuk rumah atok. lepas tu masuk bilik makcik aku. jumpa patung tu terbaring belakang pintu.

dia kenyit mata kat aku weeyhhhh
lintang pukang lari, jerit kat semua orang. tapi budak kecik kan, sape nak percaya

lepas tu, bila dah besar sikit, umo 7-8 tahun kut, tak ingat.
adik-adik perempuan aku kecik2 lagi, main patung barbie. sorang satu.
tapi aku cabutkan kepala diorang dari badan, cabut tangan, kaki. rosakkan patung2 tu.
parents aku mengamuk la, dah la mahal. diorang ingat aku tengah memberontak.
adik-adik semua marah, benci kat aku, rosak mainan diorang.

dah benda tu bergerak2 wey bila takde orang, macam Toy Story.

ni, tahun lepas, adik2 aku masing2 dah besar, baru buang mainan diorang, bear gergasi semua pass kat sape2 yang nak. diorang pun bukak story, memang benda2 tu bergerak. mata hidup. aku dah cakap, tanak cayee kalut lah, kolot lah, mengarut lah. kena batang idung sendiri padan mukeee
Quote zawara 28-12-2017 01:17 AM
aku ada teddy bear sederhana besar, arwah ayah aku belikan teddy ni masa aku darjah 6..smpai skrg ada lg, tp aku jd kan teddy ni bantal je, lenyek2 da kemik xnpk rupa teddy bear dah hahah
Quote miemiecha 28-12-2017 09:22 AM
mek x de anak patung pom.... hurmmm.. sedih
Quote CardiGans85 28-12-2017 10:25 AM
I love barbie..skrg ni my niece yg main. Puas main,simpan dlm kotak. Bkn susun kt dinding buat hiasan.
Quote shernazz 28-12-2017 10:31 AM
komen last cm cilanat
Quote zennaya 28-12-2017 11:07 AM
masa umur 7 tahun,tertengok citer chucky kat tv. takut gila aku,sampai patung Pink Panther kaler pink,abis kena buang. rasanya mcm aku bagi kat org. sejak kecik,memang fobia tgk anak patung bentuk org. patung barbie,patung kanak2,aku banned jek.
Quote meklalala 28-12-2017 11:39 AM
mek nak citer jugak la..baru berlaku minggu lepas..ni berlaku kat sepupu mek..dia bagitau kat dalam group whatsapp family..

dia ada anak kecik..anak dia tu ada patung manusia, biasalah budak kan..malam tu dalam kul 2pagi dia dengar suara budak..dia tengok la anak dia kot2 anak dia ke yang mengigau ke apa..tp takkkk..anak dia tidur lena je..

dia ingat dia sorang je dengar tapi husband dia pun dengar jugak..suara budak tu dari patung anak dia..siap ada cahaya lagi..padahal patung tu memang takde suara atau bunyi..dia ambil patung tu goncang goncang kot2 ada apa2 ke kan..tapi memang patung tu bukan jenis patung yang bersuara..dia pun letak balik atas almari..then tetiba bunyi lagi dari patung tu..last2 husband dia amek buang patung tu ke luar rumah..seram dia cakap.

mek ada gambar patung tu tapi tak reti nak tepek..huhu


Quote meklalala 28-12-2017 11:42 AM
Quote noell 28-12-2017 01:12 PM
zulka replied at 27-12-2017 04:26 PM
aku ada bantal peluk buaya kat umah....sama besar dgn aku, beli kat bundle singapore....sedap peluk  ...

sila la kawin bg cukop kuota kalau dah teruk sgt tidoq pelok bantai...rogi woooo
Quote buragazz 28-12-2017 02:57 PM
Aku konfius jap anak dia lily ke jasmine ke nama anak dia lily jasmine.. ke kau yang tak faham
Quote Cekgushilla 28-12-2017 03:36 PM
shernazz replied at 28-12-2017 10:31 AM
komen last cm cilanat

Hahahahaha tergelak baca sambil nyanyi pulak tu demmmm
Quote ninjago 28-12-2017 03:55 PM
beriya tau baca komen last tu
Quote salmon-suki 28-12-2017 08:00 PM
Pernah beli patung y ala2 barbie tu tp bkn jenama barbie..y ni beli rega bwh 5ringgit,ada kt kedai2 runcit dulu jual kn..time kecik2 tu mmg salu main masak2 n duk ckp2 ngn patung tu,siap mandi, syampu n sabunkn lg patung tu..y pelik nye,makin hari,makin panjang rambut dia..awl2 beli tu setaraf pinggang je..tp lama2 pjg almost nk smpai kaki..

Nak dijadikn citer,ada blackout satu mlm ni..so kita psg ler lilin..tp lupa nk matikn .kol 2 lebih cmtu terbangun sbb tgk almari kecik(tmpt ltk patung tu) terbakar..dah siap padamkn api,sy tgk mmg patung tu terbakar gila2..seriau giler rasa time tu..

Skrg,still suka tgk patung,teddy bear,soft toys ni,and ada lg teddy bear pmberian org tp jd bantal jelaa..xde dah nk belai2..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.057692 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top