CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Daki Gunung Di Norway, Seriau Rasanya! Amacam Kaki Hiking, Berani Cuba Tak?

27-12-2017 02:34 PM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 4934| Komen: 11|Original author: Oleh: Diba S.

Bagi pendaki gunung tegar, anda pasti tercari-cari gunung yang indah dan sesuai untuk anda tawan. Pernah terfikir tak untuk mendaki puncak di Eropah? 

Jika berpeluang ke Eropah,di mana agaknya lokasi indah, menarik lagi tertarik untuk anda kunjungi? Kami cadangkan Norway!

Salah sebuah negara Scandinavia ini mempunyai beberapa lokasi menarik tapi memang seriau sungguh untuk didaki. Apa pun bila sampai ke pucak, memang puas! Hanya yang pernah merasainya sahaja yang tahu perasaan itu. 

Ini antaranya: 

Trolltunga

Foto: Pinterest.com

Terletak 1100 meter di atas paras laut, pendakian ke Trolltunga mengambil masa 10-hingga 12 jam. Ya, ia agak lama dan menuntut kesabaran yang banyak.

Namun, pasti berbaloi dengan pemandangan dan pengalaman yang bakal menanti anda! 

Kjerag

Foto: Pinterest.com
Tak semua berani berdiri di tengah-tengah batu seperti dalam gambar, melainkan anda sukakan cabaran. Bagi yang berani, kejar impian anda!  

Anda tidak disyorkan ke Kjerag ketika musim sejuk. Paling sesuai ke sini ialah pada bulan Jun hingga September. 

Pendakian mengambil masa kira-kira 5 jam.

Preikestolen (Pulpit Rock)

Hanya mengambil 3 jam pendakian (atau kurang, bergantung kepada keupayaan anda), kami syorkan anda ke sini kalau mahukan lokasi yang lebih mudah dan cepat diakses. Terletak di Lysefjord, Pulpit Rock merupakan salah sebuah lokasi pendakian popular di kalangan pelancong mahupun penduduk tempatan. Dari bandar Oslo, anda boleh menaiki keretapi selama 7 jam ke Sandnes dan ia sungguh berbaloi kerana pemandangan sepanjang perjalanan yang menakjubkan! 

Anda pasti tak mahu lelapkan mata kerana pemandangan yang sungguh 'mahal'! Dari Sandnes pula anda boleh menaiki feri ke Tau dan seterusnya bas dari jeti Tau akan membawa anda terus ke Preikestolen fjellstue (lokasi permulaan pendakian).

Anda boleh menginap di Preikestolen fjellstue dan keluar pagi-pagi untuk pendakian anda. Terdapat beberapa jenis penginapan di sini. 

Bergantung kepada bajet anda, anda boleh pilih untuk menginap di hostel, bilik persendirian atau kabin depan tasik. Menginap sekurang-kurangnya satu malam memang sangat berbaloi. 


Makanan sedap, pemandangan indah dan pekerja penginapan yang sangat membantu dan ramah akan menanti anda di Preikestolen Fjellstue.


Tips: Pastikan anda memakai kasut mendaki yang sesuai dan jika anda bercadang melawat pada musim bunga (penghujung musim sejuk), masih terdapat salji dan ais sepanjang perjalanan. Oleh itu spike gear (seperti dalam gambar) dan juga kayu mendaki sangat disyorkan! 

Hati-hati setelah tiba di puncak, ada kes kematian dilaporkan di sini. Nak tahu disebabkan apa? Ya, akibat selfie! -CARI
8

Bagus
8

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote barfi 27-12-2017 02:40 PM
Best nya aktiviti lasak.. hopefully akan sampai satu masa aku berpeluang utk mencuba...
Quote LostStar 27-12-2017 03:58 PM
idakla daki atas  ice.. badan kampung mcm daku ni ta lalu sejok2 gini..
Quote babynina30 27-12-2017 04:01 PM
Jalan atas snow dkt jalan rata pon dh licin. Nk daki gini. Pergh
Quote syue86 27-12-2017 05:54 PM
wahsehhh yg batu tengah2 tu rare betul!
Quote notsospecial007 29-12-2017 03:02 PM
org2 yg betul2 suka hiking ja rela utk buat ni
Quote mummywiffy 14-1-2018 01:29 PM
Sapa tau thread yang betul2 untuk travel to Scandinavian Countries?
Quote Airis 18-1-2018 12:26 PM

Yang batu tgh2 tu my BIL dah sampai.. tgk gambar dia pun I dah seram.. dia kata kena lompat ke batu tu.. salah lompat memang terus jatuh gaung le .. dia kata sampai sana ramai yg tak berani nak lompat.. kalau aku pun memang tidak la.. the risk is too high.. takutttt..

Quote midori888 28-2-2018 09:32 AM
cari thread Norway tak jumpa plak...plan nak gi Norway bulan 9 nanti...tgh carik info...

saper2 yg dah pnh ke sana, bole tlg buka thread psl Norway tak...thanks...hehe
Quote transporter 28-2-2018 11:02 AM
midori888 replied at 28-2-2018 09:32 AM
cari thread Norway tak jumpa plak...plan nak gi Norway bulan 9 nanti...tgh carik info...

saper2 y ...

Thread Oslo, Norway adalah kat sini.
Jika ada persoalan yang tak terjawab, tanya Lips  ar, otai Scandi.

Quote Artemesiaa 28-2-2018 03:35 PM
Hiking dalam cuaca sejuk dan bersalji amatlah mencabar hanya berbaloi untuk mereka yang betul2 suka aktiviti sebegitu je.
Quote midori888 1-3-2018 07:37 AM
transporter replied at 28-2-2018 11:02 AM
Thread Oslo, Norway adalah kat sini.
Jika ada persoalan yang tak terjawab, tanya Lips  ar, otai S ...


oh thanks transporter....

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.054602 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top