CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Whatsapp Ucap Selamat Tinggal Kepada Beberapa Telefon..

27-12-2017 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7060| Komen: 29

Description: Berita sedih untuk pengguna Whatsapp kerana aplikasi itu akan mengucapkan selamat tinggal dan menghentikan fungsinya pada beberapa platform bermula 31 Disember ini.Express.co.uk melaporkan Whatsapp ak ...
Berita sedih untuk pengguna Whatsapp kerana aplikasi itu akan mengucapkan selamat tinggal dan menghentikan fungsinya pada beberapa platform bermula 31 Disember ini.

Express.co.uk melaporkan Whatsapp akan menggugurkan sokongannya untuk Blackberry OS, Blackberry 10 dan Windows Phone 8.0 serta platform yang lebih lama.

"Kami tidak lagi aktif membangunkan platform-pltaform ini, sesetengah ciri mungkin berhenti berfungsi pada bila-bila masa," menurut WhatsApp.

Foto Dailymail
"Platform ini tidak menawarkan keupayaan yang kami perlukan untuk memperluaskan ciri aplikasi kami pada masa akan datang.

"Jika anda menggunakan salah satu daripada peranti mudah alih yang terjejas, kami mengesyorkan peningkatan ke versi sistem operasi (OS) yang lebih baharu atau kepada Android yang lebih baharu yang menggunakan OS 4.0+, iPhone yang menggunakan iOS 7+, atau Windows Phone 8.1+ supaya anda boleh terus menggunakan WhatsApp," menurut syarikat itu lagi. - CARI 

9

Bagus
5

Marah
9

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote generate 27-12-2017 10:29 AM
Ada lagi ke orang pakai Blackberry. Dah lama tak nampak. Handphone flip ada jugak kadang-kadang nampak orang pakai.
Quote Simunggu 27-12-2017 10:33 AM
BB...bersemadi dgn tenang...RIP
Quote nikaido 27-12-2017 10:38 AM
generate replied at 27-12-2017 10:29 AM
Ada lagi ke orang pakai Blackberry. Dah lama tak nampak. Handphone flip ada jugak kadang-kadang namp ...

Tahun ni ada keluar Blackberry KEYone. Agak famous juga dkt luar negara
Quote cmf_premierleag 27-12-2017 10:41 AM
generate replied at 27-12-2017 10:29 AM
Ada lagi ke orang pakai Blackberry. Dah lama tak nampak. Handphone flip ada jugak kadang-kadang namp ...

Ms aku gi travel ke chennai yindia january lepas,  ada jah aku tgk ummah sana masih pakai fon flip tu
Quote Muntz 27-12-2017 10:55 AM
Windows Phone pun dah makin pupus. Byk dah syarikat yg dah stop develop Windows Phone version, mcm GSC.
Quote fly_in_d_sky 27-12-2017 10:55 AM
masih ada lagi pakai Blackberry
some guna sebab tak kisah pasal apps more pada security ...

KEYone popular kat luar negara .. tapi ada kelemahan cuma tak sure apa
kena baca review ...
then ada Blackberry Motion ... baru keluar December 17
overseas dah keluar dulu ....
haisss ...
Quote insulin 27-12-2017 11:03 AM
Harap2 support untuk Android Lollipop akan berterusan untuk sekurang-kurangnya 3 tahun lagi. Malas nak upgrade phone dalam 3 tahun ni.
Quote fcl29 27-12-2017 11:04 AM
second phone aku BB.. tp aku buat sekadar terima call n sms je
Quote budaktua 27-12-2017 11:09 AM
Muntz replied at 27-12-2017 10:55 AM
Windows Phone pun dah makin pupus. Byk dah syarikat yg dah stop develop Windows Phone version, mcm G ...

aku pakai lumia 925... sayang sungguh..

apa blh buat.. mula tu telegram tk jln.. terpaksa la tukar.. la ni iphone..7+ terpksa berutang..

dok kekok lg ni .. asyik dok cari butang back je..
Quote pyropura 27-12-2017 11:11 AM
Edited by pyropura at 27-12-2017 11:15 AM
generate replied at 27-12-2017 10:29 AM
Ada lagi ke orang pakai Blackberry. Dah lama tak nampak. Handphone flip ada jugak kadang-kadang namp ...


Indon masih pakai BB, ketinggalan jaman, siap banggak boleh beli BBM apps jaman Belandak
@mirase
@elcora @pembisikmaut @pjropuro
Quote ultra78 27-12-2017 11:20 AM
Indonesia masih ramai pakai Blackberry

Quote ChildrenOfBodom 27-12-2017 11:25 AM
bkackberry yang latest sekarang ni pon pakai OS android tak pakai OS sendiri dh
Quote pearl.silver 27-12-2017 11:27 AM
Masa tipon rosak aritu, guna bb balik..
Br setahun je tinggal bb tu, dah xleh connect intnet..boleh call n wasap je
Quote iznanaziz 27-12-2017 11:28 AM
cmf_premierleag replied at 27-12-2017 10:41 AM
Ms aku gi travel ke chennai yindia january lepas,  ada jah aku tgk ummah sana masih pakai fon flip ...

kira orait le tu.
aku punya phone flip, LG, rosak masuk dlm mesin basuh.

anak aku la, dia guna, masuk dlm poket suar, lupa nak kuarkan
adoi.
syg betul aku dgn phone tu, comei beb.
Quote saviour_09 27-12-2017 11:56 AM
aku stil guna BB
dah 5 tahun
time tido malam2 bukak surah letak tepi katil
lena sampai pagi
Quote LostStar 27-12-2017 12:11 PM
ramai weih guna bb ni lg.. kat office ni bos aku n majority hod still guna bb.. bb yg besaq tu.. n daku sendiri rendu dgn phone bb.. salah satunya fail senang nk urus.. dulu edit surat googledoc dlm bb tu jek.. tak payah nak download apa2.. word pon sama.. dari email tros edit.. on wifi teros print, setting pon xlari.. skrg ni segala bagai apps nak kena downld.. adoiaiii..
Quote melinda_kerr 27-12-2017 12:30 PM
ultra78 replied at 27-12-2017 11:20 AM
Indonesia masih ramai pakai Blackberry

ya banyak sis... diaorg sikit2 nanti
BEBE-EM aja.. tpi function bbm tu ada lagike..
Quote AbukRokok 27-12-2017 12:41 PM
whatsapp pun nanti akan sendu jua...tunggulah nasib kau pulak ye.
Quote AbukRokok 27-12-2017 12:43 PM
akak xpernah pakai bbm...koman koman pun blueberry je

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.112257 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top