Minyak begitu penting dalam masakan terutama di Asia. Bila menumis, menggoreng, buat dressing untuk salad, semuanya menggunakan minyak. Jadi, minyak mana terbaik untuk digunakan? Jom tengok kajian yang dilakukan oleh Dr Steve ini.
Gunakan seberapa banyak yang anda suka. Minyak kelapa sangat sesuai digunakan ketika panas atau sejuk. Ia mengandungi lemak tepu sebanyak 85 peratus. Mentega atau minyak sapi pula pilihan terbaik dan sesuai untuk masakan panas atau bakeri. Minyak kelapa sawit dengan rasa unik, terbaik untuk memasak dan sesuai untuk menggoreng kerana ia kurang berasap kalau bersuhu tinggi. Lemak haiwan seperti lemak lembu stabil dan selamat untuk dimasak, tetapi jangan diguna terlampau banyak kerana ia mengandungi sedikit lemak tak tepu. Gunakan dalam kadar sederhana. Sementara itu, minyak bijan tinggi antioksidan dan stabil pada suhu sederhana. Minyak kacang amat popular dalam masakan Asia, tetapi jangan digunakan selalu, okey. Minyak flaxseed pula tinggi omega-3, namun tak sesuai digunakan dalam masakan dan mesti disimpan di dalam peti sejuk. Minyak zaitun amat popular bagi yang menjaga kesihatan, tapi waspada dengan minyak tiruan. Hidangkan dalam keadaan sejuk dan guna suhu rendah jika menggunakannya dalam masakan. Pilih minyak yang tidak jernih dan extra virgin. Ia juga tinggi anti-oksidan. Manakala, minyak avokado bagus untuk memasak pada suhu tinggi dan sedap dihidangkan sejuk (dicampur jus limau, digaul dengan salad). Namun tahap lemak tak tepu agak tinggi. Elakkan dari menggunakannya. Walnat, kacang soya, safflower, minyak bunga matahari dan minyak grapeseed adalah pembohongan terbesar dalam pemasaran di seluruh dunia. Untuk mendapatkan minyak, ia diproses dan ditambah bahan-bahan lain. Cecair pada suhu bilik dan tinggi lemak tak tepu yang boleh menyebabkan pembuluh darah tersumbat. Minyak sayuran atau lemak sayuran pula boleh menjadikan tubuh gemuk dan mungkin karsinogenik pada suhu tinggi. Minyak jagung pula tinggi omega-6 yang tak sihat, rendah omega-3 yang sihat dan agak tengik bila dimasak. Manakala minyak canola dipasarkan sebagai minyak yang menyihatkan (sebenarnya tidak), diperah dari rape/biji sawi. Jadi, minyak mana pilihan anda? Jangan kata kami tak beritahu! - CARI |
18
Bagus |
19
Marah |
12
Terkejut |
10
Sedih |
12
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cempakaa replied at 12-1-2018 01:44 PM
apa rasa kalau masak guna minyak kelapa ni?
ADVERTISEMENT