CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

10 Gambar Lokasi Dunia Terbaik Dinobatkan National Georaphic - Anda Harus Pergi!

26-12-2017 12:06 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6413| Komen: 15|Original author: Oleh: Azza Rai

Hanya tinggal lima hari sahaja lagi menjengah tahun baharu 2018. Bagaimana dengan ‘wish list travel’ anda? Mampu direalisasi atau sekadar anganan?

Jika berjaya, tahniah!
Bagi yang masih belum tunaikan, kita cuba lagi tahun hadapan.

Mengenang kisah kaki jalan, National Geographic memilih 30 gambar panorama menakjubkan dari ribuan gambar yang telah diterbitkan sepanjang tahun 2017.

Jom, saksikan 10 gambar terbaik dengan lokasi yang memaparkan budaya setempat yang kaki jalan harus sampai satu hari nanti.



1)    Budelli Island, Itali
Mauro Morandi tinggal di pulau ini keseorangan selama 28 tahun. Bagaikan cerita di layar perak tapi ini kisah benar. Ada sesiapa yang berani sepertinya?



2)    Tunisia
Kanak-kanak perempuan sedang mengintai menerusi tingkap kaca yang dipercayai telah di bina pada 500 tahun masihi. Wow! Masih kukuh ya.



3)    Mexico
Memang ada jadual meraikan perkahwinan di Oaxaca City di jalanan. Ayuh! Ini budaya setempat yang tidak harus dilepaskan.



4)    Mozambique
Suka pemandangan waktu senja? Anda harus ke Mozambique yang menawarkan udara hangat serta berenang dalam lautan rona kemerah-merahan.



5)    Itali
Peminat fesyen harus ke sini dengan The Duomo yang menjadi ikon Milan. ‘Selfie’ lah sepuasnya menandakan anda peminat fesyen sejati.

 

6)    Ethiopia
Bazar lama di Harar’s Ethiopia ini menjadi tumpuan pelancong kerana warna pakaian wanita beserta binaan di sana sungguh menyerlah.



7)    Morocco
Selain peradaban Islam, Morocco juga syurga buat pencinta lautan dengan paraglider, surfer akan mengunjungi pantai Legzira bagi mencabar adrenalin.

 

8)    Iran
Seni bina masjid, warna, permaidani dan teknik pencahayaan yang juga daya tarikan di sini.

 

9)    Sepanyol
Seorang lelaki meluncur di atas tomato di sebuah pesta La Tomatina, Sepanyol.


10)    India
Penghantar makanan sedang mengagihkan makanan kepada penumpang kelas kedua keretapi Vivek. Jika tak berani, eloklah kita tengok rancangan National Geographic saja.

Benarlah kata orang, biarkan gambar bercerita. Jadi, ke mana destinasi anda 2018? - CARI 


3

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 26-12-2017 01:06 PM
Destinasi 2018 takde kat list di atas
Quote vanillaninja 26-12-2017 01:13 PM
Terus I googled pasal the man in the 1st post tu.
Quote meisapoya 26-12-2017 01:16 PM
Cantik. Yg berenang dlm tomato tu x leh bla la
Quote Cari-Azza 26-12-2017 01:45 PM
moonbug replied at 26-12-2017 01:06 PM
Destinasi 2018 takde kat list di atas

Cer kongsi dengan admin, kat mana destinasi tu?
Quote noraidil_06 26-12-2017 01:49 PM
I suke iran n morroco. Iran roses dia cantik sgt
Quote idakamaruddin 26-12-2017 01:58 PM
gmba last sekali tu kemain kelas kedua engkau yeee

classy sgt

Quote kucen_miang 26-12-2017 02:27 PM
Jom, saksikan 10 gambar terbaik dengan lokasi yang memaparkan budaya setempat yang kaki jalan harus sampai satu hari nanti.


kahkahkah no 10 tu kembang tekak den.
Quote pittjie 26-12-2017 05:14 PM
i mmg sedari dulu teringin pegi iran, morocco dan ethiopia. tapi suka la tengok gambar pintu kaca warna warni kat tunisia tu.
Quote syue86 27-12-2017 09:17 AM
berdebar nk g tempat ke 10
Quote melinda_kerr 27-12-2017 12:47 PM
morrocco salah satu tempat dlm buckey list. and egypt too. hopefully dapat pegi someday!
Quote yangsemb 27-12-2017 07:01 PM
Wahh...kena kumpul duit bebanyakkk dulu niee {:laugh
Quote Cari-Azza 27-12-2017 07:52 PM
pittjie replied at 26-12-2017 05:14 PM
i mmg sedari dulu teringin pegi iran, morocco dan ethiopia. tapi suka la tengok gambar pintu kaca wa ...

Kan?
Samalah kita...

Quote notsospecial007 29-12-2017 03:36 PM
sy dari kecik teringin sgt nak pegi swiss & istana alhambra..
Quote olivegal 19-1-2018 11:31 AM
Morocco ...dah lama pasang impian nk gi sini... riad kt sana cantik2...
Quote Ambola 7-3-2018 09:14 AM
Wow sungguh menarik

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.052853 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top