Apa perasaan anda apabila ada seorang jiran yang terlampau pengotor sehingga satu tahap dia boleh makan tahi mereka sendiri dalam pinggan? Jijik! Tapi bagi seorang wanita bernama Shanna, dia selesa hidup dalam keadaan begitu sehinggalah jiran-jiran melaporkannya kepada majlis perbandaran Washington dan dikenakan saman sebanyak $250 sehari sehingga ianya bersih. Shanna hidup bersama emaknya yang juga seorang “hoarders”. Hoarders adalah keadaan mental yang tidak sihat menyebabkan seseorang itu mengumpulkan banyak benda-benda pelik dalam rumahnya. Rumah Shanna tiada sistem kumbahan dan ini menyebabkan mereka membuat sistem kumbahan mereka sendiri. Bagaimana? Shanna membuang air dalam sebuah baldi besar. Sekiranya penuh, baldi itu akan dituang kedalam beberapa botol dan akan disimpan di dalam rumahnya. Berlambak botol yang ada dalam rumah itu yang baunya terlampau busuk. Apabila ditanya, Shanna hanya menjawab yang dia baru tahu sebenarnya najis manusia ada bau. Lebih 13 tahun bergelumang dengan najis sehinggakan tidak dapat membezakan antara mana yang betul atau tidak. Ahli keluarga Shanna yang lain diberitahu dan mereka berkumpul untuk menunjukkan situasi mental yang sangat teruk dialami Shanna. Matt Paxton, salah seorang pengusaha Clutter Cleaner melawat dan menasihati keluarga Shanna yang lain bersama-sama pakar terapi psikologi, Dr. Robin Zasio. Matt yang melawat rumah Shanna melihat sendiri bagaimana Shanna menguruskan sistem kumbahannya. Shanna membuat demonstrasi dengan menuangkan segala tahi dan air kencing dari baldi besar tadi kedalam botol-botol kecil. Ada sedikit tumpahan di tepi baldi dan Shanna hanya mengelapnya menggunakan jari. Ewww! Paling sadis, Dr Zasio melakukan pemerhatian yang Shanna dapat keseronokan makan makanan yang tercemar dengan najisnya sendiri. Shanna beranggapan yang makanannya masih bersih sekiranya masih berbungkus dalam plastik. Makan tengah hari berlaukkan tahi dan air kencing. Shanna juga tidak akan memakan roti yang sudah berkulat, tapi setelah kulat itu dibuang, roti tadi akan dimakannya. Tak boleh bayangkanlah! Kini Shanna dalam jadual pemulihan dari sakit mentalnya dan perjalanannya masih jauh. Ahli keluarganya menempatkannya di rumah yang lain sementara mencari pusat terapi mental yang bersesuaian. Kalau ternampak ahli kerluarga dan sahabat kita yang mempunyai simptom seperti berikut, dapatkan segera bantuan pakar. Jangan bertangguh! - Ketidakupayaan membuang harta benda - Kebimbangan yang teruk (anxiety) ketika cuba membuang item - Kesukaran yang besar untuk mengkategorikan dan mengurus harta benda - Tidak ragu-ragu untuk menyimpan apa yang patut atau meletakkannya dimana - Tekanan atas sebab sedih atau malu dengan harta benda - Keraguan orang lain menyentuh item simpannya - Pemikiran obsess yang tidak masuk akal, takut kehabisan item atau memerlukannya di masa hadapan - Memeriksa sampah untuk objek yang dibuang secara tidak sengaja - Suka menyendiri, masalah berkeluarga atau perceraian dan juga boleh membahayakan kesihatan Perbezaan dengan pengumpul (collectors)Kelihatan sama, tapi berbeza kerana pengumpul kebiasannya bangga dengan barangan mereka dan suka berbincang dengan pengumpul yang lain tentang barangan itu. Mereka menyusun dan menempatkan barangan dalam satu tempat khas. Ada kepuasan dalam setiap penambahan barangan koleksi mereka. Sangat berbeza dengan ‘hoarders’ tadi. -CARI |
16
Bagus |
16
Marah |
13
Terkejut |
10
Sedih |
23
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT