Padah main 'sorok-sorok' apabila kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terpaksa diselamatkan anggota bomba selepas dia bersembunyi dalam peti keselamatan di rumah datuknya, lapor Sky News seperti dipetik mStar Online.
Menurut laporan, mangsa sedang bermain dengan abangnya di Lichterfelde, Berlin, ketika dia menjumpai peti keselamatan yang tidak digunakan itu sebagai tempat persembunyiannya. Malangnya, kanak-kanak itu terkunci apabila pintunya tertutup. Walaupun tempat persembunyiannya ditemui, dia tidak boleh dikeluarkan kerana hanya datuknya yang mengetahui kod keselamatan peti berkenaan dan dia berada di luar kawasan ketika kejadian.
Berikutan itu, keluarga mangsa terpaksa menghubungi bomba untuk meminta bantuan dan mengambil masa selama tiga jam hanya untuk mencuba semua tarikh kelahiran keluarga dengan harapan dapat membongkar kod laluan peti keselamatan itu. Dalam masa sama, oksigen dipam ke dalam peti keselamatan melalui retakan kecil. Hingga saat bomba mengambil keputusan untuk memecahkan peti itu, mereka tiba-tiba berjaya memasukkan kod enam angka yang betul. Menurut anggota bomba, kanak-kanak berkenaan tetap tenang sepanjang insiden itu berlaku. Walaupun terkejut, dia tidak mengalami sebarang kecederaan. - CARI
|
xtahumenahu replied at 21-12-2017 11:03 AM
Nape x tepon je atuknya mintak password tuh
ADVERTISEMENT