Sebelum ini heboh sekejap apabila Indah Ruhaila dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka. Gosip tersebut bertebaran setelah jejaka itu memuat naik gambar bersama Indah dan memanggilnya sayang. Dan baru-baru ini pula dengar khabar Indah bakal bernikah. Adakah dengan jejaka yang sama? Bintang Akademi Fantasia 2013 itu dikatakan akan menamatkan zaman bujangnya tanggal 24 Disember ini. Tanpa berita rasmi olehnya, boleh dikatakan Indah bakal mengikut jejak langkah artis popular Fattah Amin dan Fazura yang menikah senyap-senyap.
Orang kata tiada angin masakan pokok bergoyang. Berita yang disampaikan oleh Miss K dalam ruangan gosip di portal Astro Gempak ini didapati daripada sumber yang boleh dipercayai. Menurut sumber tersebut bakal suami Indah kacak orangnya, berkulit cerah dan berbadan tegap. Sementara itu, sumber Miss K turut memberitahu bahawa sekarang Indah dan teman rapatnya dalam Akademi Fantasia sedang berada di Langkawi untuk Parti Bujang. Amboi! Begitu sekali keakraban mereka. Harap-harap dapatla lihat kelibat The Lomas iaitu Aishah Aizi, Amira Othman dan Nabila Razali sebagai ‘bridemaids’ Indah nanti. Terdahulu pasangan artis popular Fattzura menyembunyikan majlis pernikahan kerana permintaan keluarga, apa pula alasan Indah menyembunyikan tentang majlisnya, ya? Sembunyi atau tidak, yang pasti berita baik iaitu mendirikan masjid ini ada baiknya dihebahkan. Almaklumlah, ‘public figure’.- CARI
|
miemiecha replied at 21-12-2017 02:37 PM
menikah nk privasi utk famly je kot... tahniah lah, so pgg tgn ngan hael tu mmg dah agak propa sgt.. ...
Aduradura replied at 21-12-2017 02:38 PM
Hael tu obvious ok , trying hard sangat nk tunjuk yang heolls tu jantan....
putehkundor replied at 21-12-2017 02:28 PM
Hael tu kontrol lah macam Mana pun, tetap nampak aura rogayah...oppsss
rosasa replied at 21-12-2017 02:46 PM
kesahnya akak ko nak sorok2 kawin sekalipun, bukan guna duit akak pun
QueenIsolde replied at 21-12-2017 02:57 PM
Trend akhir zaman ; bercinta heboh nikah senyap..saja mngundang fitnah. Sdgkn nikah mesti dhebohkn. ...
Minami2013 replied at 21-12-2017 02:58 PM
For me itu hak masing2 lah... maybe dia tak sepopular artis lain so buat utk family je dah cukup...
...
BookerT replied at 21-12-2017 03:04 PM
akhir zaman ke camtu nyah..mak rasa tu biasa je...
Aduradura replied at 21-12-2017 01:40 PM
Kalau fatzura nikah, menggelupur reputz nk amek tau , tapi indah ni reputz menggelupur ke tidokkkkk ...
ADVERTISEMENT