CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sakit Dan Terkandas Di Hospital Korea, Ayuh Rakyat Malaysia Bantu Tok Manaf

21-12-2017 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10776| Komen: 67

Malang tidak berbau, percutian gembira bersama keluarga di Korea bertukar menjadi tragedi.

Abdul Manaf M Noh tular di media sosial selepas kisahnya dimasukkan ke sebuah hospital di Korea mendapat perhatian ramai.


mStar Online melaporkan, selepas 19 hari dimasukkan ke hospital, keluarganya kini berdepan dengan masalah untuk melangsaikan kos rawatan yang meningkat setiap hari.

"Kami harap ada pihak tak kiralah yang berkaitan politik atau badan bukan kerajaan (NGO) yang dapat membantu ayah saya bagi meringankan beban kami dan dapat menguruskan proses untuk membawa ayah balik ke tanah air.

"Memang ada organisasi yang melakukan operasi penyelamatan perubatan, tetapi kosnya terlalu tinggi," kata anak lelaki bongsu Abdul Manaf M Noh.


Menurut sumber lagi, Abdul Manaf mengalami masalah kesihatan seperti muntah-muntah serta sesak nafas dan terpaksa dikejarkan ke hospital di Seoul.

Foto: Harian Metro
Imbasan Computed Tomography (CT) dan mendapati warga emas yang berusia 81 tahun itu mengalami 'aortic dissection'.

"Jumlah bil terkini telah pun mencecah RM800,000 dan kami adik beradik telah membuat pembayaran sebanyak RM300,000 menggunakan wang simpanan sendiri.

"Jumlah sumbangan daripada sanak saudara dan orang awam yang diterima pula sebanyak RM162,000 dan kami masih memerlukan sumbangan untuk menjelaskan kos rawatan yang tinggi di sini."

Sakit Dan Terkandas Di Hospital Korea, Ayuh Rakyat Malaysia Bantu Tok Manaf
Bil perubatan semakin meningkat, sekitar RM15,000 hingga RM25,000 sehari. Dia kini terkandas di Korea.

Sehubungan itu, orang awam yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan bantuan ke akaun Maybank  Azman Abdul Manaf yang bernombor 014123115825. -CARI
37

Bagus
21

Marah
28

Terkejut
24

Sedih
35

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (164 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shailyvelera 21-12-2017 02:06 PM
kesiannya...mahal giler kos kat sana..
Quote idakamaruddin 21-12-2017 02:22 PM
umur 81 tetibe nk beli insurance pelancongan pn x bole kan

hadooii kat sejuta tu

Quote Simunggu 21-12-2017 02:27 PM
kasian...mahal kos disana....

baik hantar org pembangkang berubat di sana....suruh mereka komplain pasal GST di sana juga...
Quote kivio 21-12-2017 02:42 PM
Kalau ada insurance pon belum tentu dia akan cover.
Tau sajalah karenah insuran cane..
Quote ciwi1166 21-12-2017 02:54 PM
bapak ah nak dekat sejuta
Quote tagas 21-12-2017 02:55 PM
syukran dok di mesia

medic murah

smpai ubat bersepah terbuang tak abis

tenkiu najib&kak mah
Quote monreyes 21-12-2017 02:58 PM
kalau beli travel insurance blh cover ke....
btw for that age dah x perlu travel overseas kot...
lain lah kalau g  Haji..

Quote plentyofmoney 21-12-2017 03:00 PM
jap lagi pemuda umno tolong la tu


Quote cupu 21-12-2017 03:04 PM
81 pun nk pergi lg ke...kesian..tp pandai2 la...tp simpati jgk..saving 300k pun hilang mcm tu je..hrp dpt la bbtuan ehsan bwk blk ayah dia..
Quote miemiecha 21-12-2017 03:21 PM
simpati buat famly dia.. semoag d permudahkan...
Quote Jigglyjiggle 21-12-2017 03:36 PM
Tak beli insurans ke. Tak mahal pun. Haro tu g jepun bayar 5 hari dlm brapa puluh je
Quote ad_hoc79 21-12-2017 03:48 PM
ada baca kat mana eh....
anak2 bawak ayahnya pergi ke korea untuk menutup kesedihan ayahnya lepas maknya meninggal dunia.
xsangka pulak jatuh sakit kat sana
kesian
Quote prettyuglybabe 21-12-2017 04:12 PM
mana-mana foreigner pun kena bayar kos perubatan mahal kat luar negara sendiri..
cuma kat malaysia je pendatang boleh amik kesempatan cabut tak bayar bill..
to me, kalau mampu pi melancong tu, maksudnya berduit la..
jangan hujung-hujung guna duit kerajaan nak bawa mereka balik..
Quote shamsadis 21-12-2017 04:24 PM
Dah tua2 pergi melancong ke Korea sejuk beku tu dah helok2 duduk kat Malaysia dibawaknya orang tua tu ke sana, kan sejuk sana
Quote luvemedaa 21-12-2017 04:34 PM
Kat fb ramai org komen dah tau tua xpyhlah travel jejauh. Abis tu ingt org muda je nak jalan?. Bistu org muda tak sakit bila travel oversea? Kita mana lah nak tau nak jd cmni. Kalau tak menghulur kita tak perlu lah nak kecam ye dokk.
Quote shamsadis 21-12-2017 04:48 PM
luvemedaa replied at 21-12-2017 04:34 PM
Kat fb ramai org komen dah tau tua xpyhlah travel jejauh. Abis tu ingt org muda je nak jalan?. Bistu ...

Dah tua2 duduk rumah je banyakkan beribadat, dah jadi mcm ni siapa nak bantu , mencegah itu lebih baik dari mengubati
Quote siputsedut 21-12-2017 05:00 PM
Jigglyjiggle replied at 21-12-2017 03:36 PM
Tak beli insurans ke. Tak mahal pun. Haro tu g jepun bayar 5 hari dlm brapa puluh je

Xleh beli sbb dah lepas had umur...
Quote MyNameIsIris 21-12-2017 05:53 PM
Anak dia ialah kawan abang i
Anak-anak saja nak bawa abah dia jalan-jalan
Tak sangka pula jadi macam ni
Yelah dulu masa muda susah banyak commitment, bila dah tua ni lah nak berjalan.. anak-anak belanja
Berjalan melihat keindahan ciptaan Allah pun salah 1 ibadat
Quote kucen_miang 21-12-2017 07:24 PM
tagas replied at 21-12-2017 02:55 PM
syukran dok di mesia

medic murah

itupun bangla indon tak reti bersyukur

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.116503 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top