Keengganan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) mewakili negara ke pertandingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan mengundang padah apabila dilarang daripada memohon lesen kelab AFC selama dua tahun. Larangan ini bermakna, skuad Tok Gajah tidak akan mewakili negara ke Piala AFC untuk musim 2019 dan 2020. Menurut pengerusi jawatankuasa tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Baljit Singh Sidhu. Pahang melanggar artikel 14 statut FAM, kerana ingkar arahan badan induk itu selepas enggan atau gagal mendaftarkan pasukan ke pertandingan Piala AFC musim depan. Mengikut peruntukan, obligasi ahli menuntut pasukan mematuhi sepenuhnya statut, peraturan, arahan dan keputusan FIFA, AFC dan FAM pada setiap masa. Pahang dipilih mewakili Malaysia dalam saingan Piala AFC musim depan bagi menggantikan Kedah. Bagaimanapun, PBNP menolak pelawaan itu dengan alasan kerana mahu beri fokus kepada pertandingan domestik. Bagaimanapun menurut Datuk Baljit Singh, pihaknya masih memberi peluang kepada PBNP untuk membuat rayuan.- CARI |
6
Bagus |
4
Marah |
8
Terkejut |
3
Sedih |
3
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kerasuk replied at 22-12-2017 03:13 PM
dah dapat offer tolak pulak. mcm mana nak cari pengalaman baru. takkan nak fokus dekat domestik nak ...
axl_bach: Dorg ada alasan sendiri buat penolakan tu...Pengalaman baru?? ko igt Pahang x pernah main AFC Cup?? Asian Club Championship pun dorg pernah main dulu
ADVERTISEMENT