Teringin berenang dalam lautan bercahaya, ala-ala filem The Beach? Ini tempat-tempat untuk realisasikan impian dan fantasi anda itu!
Apakah benda bercahaya dalam laut ni sebenarnya? Ada yang menggelarnya sebagai kutu laut, namun nama yang lebih tepat ialah plankton bercahaya. Seperti kelip-kelip yang menyinari alam semesta, plankton bercahaya pula berfungsi untuk menerangi lautan yang menyimpan 1001 misteri yang belum terungkap. Jom lihat senarai lokasi anda boleh temui mikroorganisma kecil lagi hebat ini! Koh Lipe, Thailand Sangat sesuai dikunjungi pada hujung tahun sewaktu kebanyakan pulau-pulau di Malaysia dilanda monsun. Anda boleh datang ke Koh Lipe dengan menaiki feri atau bot laju dari jeti Kuah di Langkawi. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit dan tiket feri bermula dari RM95. Anda akan tiba di Pattaya Beach dan di sini anda boleh pilih Plankton Tour dari mana-mana agensi kegemaran anda. Kebiasaannya trip ini akan bermula sebelum matahari terbenam (bergantung kepada jenis tour pilihan anda) dan anda akan dibawa ke lokasi plankton. Rasai pengalaman berenang di lautan yang gelap gelita dan apa yang anda boleh lihat hanyalah plankton bercahaya ini di antara kaki anda. Peringatan: Tidak sesuai untuk anda yang takutkan laut atau Thalassophobia. Selain Koh Lipe, berikut adalah lokasi-lokasi lain plankton bercahaya ini sempat dirakamkan. Maldives Gambar ini berjaya dirakamkan jurugambar dari Taiwan yang sedang bercuti di Maldives. Fenomena di Maldives ini dikatakan berpunca dari plankton yang dinamakan Lingulodinium polydrum) Bioluminescent Bay, Puerto Rico Di pantai ini anda boleh menaiki kayak dan menyusuri plankton bercahaya, seolah-olah berada dalam mimpi! Pulau Matsu, Taiwan Menurut sekumpulan pengkaji dari National Taiwan Ocean University, fenomena laut bercahaya di pulau ini disebakan organisma yang digelar Noctiluca scintillans. Lokasi ini bakal menjadi antara lokasi tumpuan pelancong di Taiwan! Namun tahukah anda sebenarnya tidak perlu pergi jauh pun untuk menyaksikan fenomena menakjubkan ini kerana ia ada dimana-mana perairan pantai yang suam-suam kuku. Di Malaysia, ia didakwa pernah dilihat di Pulau Tioman, Yan (Kedah), Sarawak dan banyak lagi lokasi lain yang tidak disangkakan. Jika pada musim sejuk di Eropah pengembara gemar memburu Aurora, apa kata anda buru kelip-kelip di lautan ini! Menarik kan? -CARI
|
17
Bagus |
6
Marah |
5
Terkejut |
12
Sedih |
8
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT