|
Program Meletop yang ditayangkan baru-baru ini telah dihoskan oleh pengacara tetap program tersebut, Neelofa bersama pengacara jemputan Awal Ashaari. Rata-rata penonton memuji kelancaran Awal dalam mengacara prgram tersebut. Rakan baik Neelofa itu yang mempunyai pengalaman yang sangat lama di dalam bidang pengacaraan dilihat bersahaja mengendalikan program hiburan itu. Dalam kegembiraan menyambut baik Awal sebagai hos program tersebut, ada desas-desus pula mengatakan Awal akan mengundurkan diri daripada rancangan hiburan konsep serupa, Melodi setelah 6 tahun menjadi pengacara. Dengan tersebarnya khabar angin ini, peminat mulai membuat spekulasi bahawa Awal bakal menggantikan Nabil sebagai pengacara Meletop setelah melihat kelibatnya di dalam rancangan tersebut baru-baru ini. Dalam berita lain, Melodi turut dikatakan akan melakukan perubahan hos apabila nama Janna Nick dan seorang lagi selebriti lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya ‘dipetik’ akan menggantikan Awal. Perwatakan Janna yang selamba dan sentiasa ceria dikatakan mampu memeriahkan lagi program Melodi. Spekulasi mengenai perubahan pengacara ini timbul setelah TV3 mengumumkan Mira Filzah sebagai pengacara Nona bagi tahun 2018. Namun begitu, pihak Tv3 mahupun Astro belum membuat apa-apa kenyataan mengenai perkara ini. Peminat pula semakin tidak sabar mengetahui siapakah wajah-wajah baru yang bakal mengisi ruang kaca tv mereka. Di mana-mana sahaja ruangan perbincangan, topik ini hangat diperkatakan memandangkan kedua-dua rancangan hiburan ini adalah top 2 bagi rancangan berkonsepkan sebegini. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Mira Filzah diatas pelantikannya sebagai pengacara baru Nona. Semoga rancangan Nona lebih diminati ramai dengan corak pengacaraan yang lebih segar. - CARI |
|
4
![]() Bagus |
7
![]() Marah |
![]() Terkejut |
15
![]() Sedih |
4
![]() Lawak |
8
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
prizadane replied at 20-12-2017 12:03 PM
kalau awal caras Nabil, i nak gelakkan saja si nabil tu. selama ni bukan main tag team dengan lopak ...

Iols tak tengok neelatop, so tak kisah ler nak tukar pengacara ke hape ke....tak terkesan
(tapi kalau tukar 2 pengacara asal tu sekali, mungkin akan tengok kalau pengacara baru ok
) tapi Melodi kadang2 tengok kalau free
sofiazara replied at 20-12-2017 12:28 PM
org sruh tukar neelopak ko gi tukar nabil
bangang ke astro oi
sofiazara replied at 20-12-2017 04:28 AM
org sruh tukar neelopak ko gi tukar nabil
bangang ke astro oi

ADVERTISEMENT