CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Ingin Berkahwin Dengan Lampu Candelier

19-12-2017 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5291| Komen: 41

Setiap manusia memiliki cita rasa dan minat berbeza. Namun, apa yang ditunjukkan wanita ini sangat pelik!

Amanda Liberty, 33, mempunyai perasaan seksual terhadap barangan antik dan sering tidur berpelukan dengan 'kekasihnya' setiap malam.




Malah, Amanda merancang untuk berkahwin dengan sebuah lampu candelier berusia 90 tahun yang dibelinya secara online.


Lumiere 


Memetik The Sun, Amanda jatuh cinta pandang pertama dengan Lumiere (lampu berkenaan) ketika melihatnya di laman beli belah dalam talian eBay.

"Saya tahu ia untuk saya dan ianya cinta pandang pertama.

“Lampu itu berasal dari Jerman dan walaupun saya tahu amat sukar untuk membawanya pulang, saya harus mencari jalan untuk menjadikannya milik saya.

"Saya tak boleh berhenti daripada berfikir tentangnya dan betapa cantiknya ia," katanya.


Cincin tunang mereka

Amanda menghabiskan 400 British Pound (RM2,200) bagi kos penghantarannya ke Eropah pada 2016 dan tidak sabar menanti ketibaan Lumiere di kediamannya selepas menang bidaan dalam talian itu.

"Selepas enam hari menunggu, akhirnya dia tiba ke pangkuan saya.

"Rakan saya menamakannya Lumiere sempena watak kaki lilin dalam filem Beauty and The Beast," katanya.

Sebelum ini, Amanda mempunyai 24 lagi candelier dan menjalin hubungan terbuka dengan mereka sebelum bertemu Lumiere.


Foto: The Sun

"Tak ada satu pun candelier saya cemburukan antara satu sama lain. Mereka faham saya sayang mereka semua kerana keperibadian mereka yang berbeza.

"Kita tak boleh kawal dengan siapa kita jatuh cinta," ujarnya. - CARI
13

Bagus
9

Marah
21

Terkejut
8

Sedih
4

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 19-12-2017 04:50 PM
Ada masaalah kejiwaan ler ni
Quote Levespa 19-12-2017 05:02 PM
hari tu ada yg nak kahwin dengan roller coaster ke apa. .. yg ni dengan chandelier pulak.. sebenarnya nak tarik perhatian je ni..
Quote FOTHER-MUCKER 19-12-2017 05:13 PM
Oh ini kisahnya orang sakit jiwa seperti @zorrro_03  tu ye? Nyah zorro  kau nak kawin dengan apa pula?

Tiang lamps ke? Moto ex5 buruk kau ke? Bagilah tau kat ci ni! Hehehe...
Quote moonbug 19-12-2017 05:14 PM
Rugilah nnt takde 'you may now kiss the bride' moment
Quote sukacactus 19-12-2017 05:19 PM
Lantak kan le dia
Dah gila dah tu
Quote mdhelmi 19-12-2017 05:37 PM
erm ada wayar putus kot
Quote Bujat 19-12-2017 05:48 PM
Bapok kah chendelier itu sister?
Quote ninja boy 19-12-2017 06:18 PM
Jatuh cinta barang barangan, sama spt sayangkan kereta motor tak boleh berpisah hidup semati gituh, barang barangan yg setia susah senang bersama kita gituh
Quote cmf_almondpecan 19-12-2017 06:27 PM
Objectum sexuality atau objectophilia nama sindrom ni
Quote finesse 19-12-2017 06:32 PM
Bila la iols nak jumpa habang cinta sejati iolss.
Quote yangsemb 19-12-2017 06:52 PM
Eeeerkkk....ko dh kenape
Quote kroit92 19-12-2017 08:40 PM
cmf_almondpecan replied at 19-12-2017 06:27 PM
Objectum sexuality atau objectophilia nama sindrom ni

kan.. objectophilia..

yang kes paling tak boleh blah aku pernah dengar, ada orang nak kawen dengan Eiffel tower kat Paris tu. like, whaaaatt????
Quote cmf_almondpecan 19-12-2017 09:06 PM
kroit92 replied at 19-12-2017 08:40 PM
kan.. objectophilia..

yang kes paling tak boleh blah aku pernah dengar, ada orang nak kawen  ...

Haah mmg ada org kahwin dgn Eiffel Tower. Ada sorang pompuan Swedish lak kahwin dgn Berlin Wall sebelum diruntuhkan dulu. Masa "suaminya" diruntuhkan, dia mmg traumatised sgt. Lepas tu dgr citer ada replica Berlin Wall kat umah dia.

Quote Deidra 19-12-2017 10:05 PM
cmf_almondpecan replied at 19-12-2017 09:06 PM
Haah mmg ada org kahwin dgn Eiffel Tower. Ada sorang pompuan Swedish lak kahwin dgn Berlin Wall se ...

Lemah dgr
Quote dani-rox 19-12-2017 11:10 PM
I'm gonna swing from the chandelier, from the chandelier
I'm gonna live like tomorrow doesn't exist
Like it doesn't exist...

Quote kiambang 19-12-2017 11:14 PM
Pelik sungguh ....obses sangat ..
Quote enchikfitz 19-12-2017 11:15 PM
White people are crazy
Quote Konahhh 20-12-2017 07:21 AM
Dengan lampu pun boleh {:question
Quote mieymiey 20-12-2017 07:48 AM
Kesian acik ni. Muda lagi dah tak betul

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.061983 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top