Ketika musim hujan dan sejuk-sejuk ni memang seronok kalau dapat minum teh uncang. Dibancuh pula panas-panas dalam suasana sejuk pejabat yang berhawa dingin, memang nyaman! Syok sampai ke tulang rasanya, kan? Tapi tahukah anda teh uncang di pejabat mempunyai lebih banyak kuman dan bakteria daripada tandas. Alamak! Serius lah? Kajian yang dilakukan oleh Initial Washroom Hygiene menyatakan teh uncang yang ada di pejabat mempunyai kuman 17 kali lebih tinggi berbanding tandas. Eww, berganda-ganda kuman tu, bukan sikit tau! Dah, kenapa banyak sangat kuman tu?
Mana tidaknya, bukan semua orang pembersih seperti kita yang suka mencuci tangan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa, kan? Menurut The Independent, hampir 80 peratus pekerja di pejabat tidak mencuci tangan ketika mengambil makanan mahupun peralatan di pantri pejabat. Belum tentu mereka mencuci tangan sebaik keluar dari tandas yang dah tentu menjadi tempat pembiakan kuman itu. "Bayangkan, berapa banyak tangan yang berbeza menyentuh pelbagai peralatan termasuk makanan di dapur. Memang banyak lah kuman dan bakteria yang terkumpul!" kata Peter Barrat dari Initial Washroom Hygiene. Jangan bagi peluang untuk norovirus yang boleh menyebabkan cirit-birit dan muntah-muntah menyerang tubuh kita dan orang lain. Bagi yang tak tahu, virus ini mudah tersebar melalui sentuhan pada permukaan yang dijangkiti mahupun makanan yang penuh bakteria. Sebaiknya, bersihkanlah perkakas dan peralatan dapur dengan tisu antibakteria sebelum dan selepas menggunakannya. Haa, nak minum lagi ke teh uncang di pejabat tu? Sebaiknya, bawalah bekal dari rumah kerana lebih terjamin kebersihannya. Semoga info ini bermanfaat buat anda. - CARI |
12
Bagus |
5
Marah |
8
Terkejut |
11
Sedih |
9
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
devilito2 replied at 19-12-2017 11:58 AM
teh kita kenapa org lain nak sentuh pulak...
ADVERTISEMENT