Dah banyak kita dengar kes penyewa tak bertanggungjawab di portal-portal online ni. Tapi yang ini mungkin paling dahsyat setakat ini!
Loading FB Post... Bukan setakat berkecah, habis jahanam barang-barang pemilik rumah ini! Ni dah kenapa?
Kata tuan rumah, penyewa itu membuka semua gajet ini dan mengeluarkan baterinya menggunakan pisau. Macam nak buat bom saja gayanya. Psiko ke mamat ni? Insiden itu dikongsi Simon Landsheer menerusi laman Facebook (FB) apabila mendapati penyewa, Mohammed yang berasal Arab Saudi telah 'menghancurkan' rumahnya. Memetik World of Buzz (WOB), kediaman yang terletak di Jalan Ampang itu disewakan kepada Mohammed menerusi portal carian penginapan Airbnb. Menerusi statusnya, Simon kerugian puluhan ribu ringgit akibat perbuatan 'khianat' lelaki terbabit. Menurutnya, syarikat terbabit bagai melepaskan batuk di tangga. Lah, kenapa tak nak bertanggungjawab tu? Teruk sangat ke kerosakannya sampai ribuan ringgit 'terbang'? Foto: FB Simon Landsheer Okey, ini memang melampau! Menurut WOB, Mohammed menyewa rumah itu selama 6 minggu dan sering memanjangkan tempoh sewaannya. "Kali ini dia macam 'terlupa' nak sambung tempoh sewaan. Pada hari dia sepatutnya check-out, pembersih rumah saya terkejut apabila mendapati keadaan rumah, lalu terus memaklumkan kepada saya. "Kami gagal mengejut dia dari tidur hingga terpaksa meminta bantuan pengawal keselamatan," kata Simon. Berdasarkan 'peninggalan' penyewa, Simon tak menolak kemungkinan bahawa dia seorang penagih dadah. Gila. Tak cukup dengan kerosakan harta benda, Simon juga terpaksa menanggung bil elektrik yang hampir mencecah RM2,000! Nampaknya, bukan Simon sahaja, malah beberapa pemilik rumah lain pernah buat aduan mengenai lelaki bernama Mohammed itu! Kasihan Simon kena berhadapan dengan semua dugaan ini. Semoga dia bertenang dan dapat menyelesaikannya dengan baik. - CARI |
13
Bagus |
8
Marah |
3
Terkejut |
18
Sedih |
5
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
aurorae replied at 15-12-2017 10:09 PM
Aku pun host airbnb, dan memang baca feedback dari host lain kalau ada yang nak masuk bilik. Aku ...
kechikchomel replied at 16-12-2017 10:45 AM
ada baca komen simon kat atas tu....dia macam cakap airbnb tak nak bertanggungjawab.
so memang ho ...
aurorae replied at 16-12-2017 10:17 PM
memang ada clause dalam airbnb, akan cover kerugian jika ada damaged property. Tapi dari gambar ...
ADVERTISEMENT