CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sedang Dalami Ilmu Agama, Uqasha-Hefny Rancang Nikah Tahun Hadapan

15-12-2017 04:45 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 10942| Komen: 70|Original author: Oleh: Suzy

Sedang dalami ilmu agama, Uqasha-Hefny rancang nikah tahun hadapan
November lalu genap setahun bercinta dengan Uqasha Senrose akhirnya pengacara tv, Hefny Sahad mengakui tentang hubungan mereka yang sedang melalui fasa lebih serius. Sebelum ini Uqasha ada berkongsi mengenai berita pertunangannya namun menyembunyikan tarikh majlis tersebut. 

Baru-baru ini pula berita mengenai perkahwinan mereka hangat diperkatakan setelah kedua-duanya dilihat kerap kali bersama dan memuat naik gambar mesra. 

Pengacara program Muzik-Muzik berusia 30 tahun itu mengakui telah mendapatkan restu daripada kedua-dua belah keluarga dan merancang untuk melamar Uqasha tidak lama lagi. 

Hefny Uqasha kerap kali dilihat bersama
“Kami sudah berbincang tentang itu (berkahwin). InsyaAllah jika tak ada halangan dan dengan rezeki Allah SWT untuk mempermudahkan segala-galanya, Saya berharap agar urusan membina masjid bersama Uqasha ini berjalan lancar seperti dirancang bersama pada hujung tahun depan. 

"Saya memang mahu memperisterikan dia dalam waktu segera tetapi kami perlukan masa untuk membuat persiapan,” katanya dipetik laporan sebuah akhbar tempatan.

Tahu tentang alam perkahwinan yang penuh cabaran, Hefny juga mengakui sedang membuat persiapan sebelum menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami. 

Kebahagian terserlah di wajah pasangan ini
“Persediaan dari segi persediaan mental, mengukuhkan kewangan sedia ada dan mendalami lagi ilmu agama dalam diri sendiri, sebelum saya menjadi ketua keluarga itu sangat penting,” ujarnya.

Hefny juga berjanji akan berkongsi detik-detik manis tersebut bersama peminat-peminat mereka. Dia memilih untuk bersikap terbuka tentang hubungan istimewa mereka supaya tiada salah faham yang akan timbul pada masa akan datang.

“Saya memilih untuk kongsi kepada umum apabila sampai masa, itu janji saya. Benda yang baik, takkanlah saya nak berahsia asalkan kita tidak langgar undang-undang dan norma masyarakat orang Melayu,” jelasnya. - CARI 
12

Bagus
9

Marah
10

Terkejut
6

Sedih
10

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 15-12-2017 04:50 PM
Macam pernah baca statement camni? FK dan DD kan? masa planning kata "akan kawin next year". Pastu kawin tak lama lepas tunang.
Quote Aduradura 15-12-2017 04:50 PM
iols dengar interview uqashahefny aritu, theyolls cakap nk nikah akhir 2018....rase macam awal sgt bgtau...patut tunang dulu baru lerr betau nk nikah biler seme....
Quote keypochino 15-12-2017 04:54 PM
Aduradura replied at 15-12-2017 04:50 PM
iols dengar interview uqashahefny aritu, theyolls cakap nk nikah akhir 2018....rase macam awal sgt b ...

Senang bgtau awal2 nk hint2 kepada yg nk sponsor.. hehe
Quote BookerT 15-12-2017 05:25 PM
nyah masa korang sekolah menengah dulu ustaz or ustazah kau orang tu dulu tidur je ke dalam kelas nyah?
Quote BookerT 15-12-2017 05:26 PM
Aduradura replied at 15-12-2017 04:50 PM
iols dengar interview uqashahefny aritu, theyolls cakap nk nikah akhir 2018....rase macam awal sgt b ...

nyah kau bila lagi nyah..suka pertikaikan rancangan orang lain kau ni nyah..Allah sebaik2 perancang lah nyah..
Quote BookerT 15-12-2017 05:26 PM
che-cikL replied at 15-12-2017 04:50 PM
Macam pernah baca statement camni? FK dan DD kan? masa planning kata "akan kawin next year". Pastu k ...

yang mak masih ingat cita-cita DD nak jadi saintis nyah...
Quote kiah_mai_pulak 15-12-2017 05:42 PM
Rasanya awal tahun depan dorang declared dah clash... mcm x kena je hefny ngn uqa.. hefny ni sesuai ngn Zulin terdampar or pengacara motif viral si batu bersurat tu..
Quote Burong_Hantuk 15-12-2017 06:12 PM
yer lah.moga bahgia
Quote doubleA 15-12-2017 06:42 PM
Hujung tahun 2018 ada setahun yg penuh dugaan lagi. Apapun iols doakan yg terbaik dan dipermudahkan semua. Niat baik nak bina masjid betul dah tu
Quote Madel 15-12-2017 06:56 PM
Sbb nkorang couple yg who r yus.
Selamat la korang dari kena hentam dgn batak2 haters n fans.
Uqasha ni pun sejenis 'publictoilet' kan
Quote Carcosa 15-12-2017 10:39 PM
Apaaaaa lah si Uqasha ni pandang si Hefny ni hoiiii. Mcm desperado si Uqa ni lps putus (katanyaaa) dgn kerabat. Oh pls lah. Hefny ni muka dia mcm abang2 jual rokok Kretek{:nose
Quote hyie 15-12-2017 11:05 PM
hefny ni ada aura hensem, tapi tah kenapa meos  rasa heols ni macam kepam...bukan kepam bau badan yach...
Quote friedfishsoup 15-12-2017 11:09 PM
Edited by friedfishsoup at 15-12-2017 11:10 PM
hyie replied at 15-12-2017 11:05 PM
hefny ni ada aura hensem, tapi tah kenapa meos  rasa heols ni macam kepam...bukan kepam bau badan ya ...


Me too. I think misai dia mcm serabai
Quote BookerT 15-12-2017 11:17 PM
kiah_mai_pulak replied at 15-12-2017 05:42 PM
Rasanya awal tahun depan dorang declared dah clash... mcm x kena je hefny ngn uqa.. hefny ni sesuai  ...

zulin terdampar...macam zulin dugong pulak nyah...
Quote BookerT 15-12-2017 11:19 PM
Madel replied at 15-12-2017 06:56 PM
Sbb nkorang couple yg who r yus.
Selamat la korang dari kena hentam dgn batak2 haters n fans.:laugh ...

mak cecili jari kau nyah..ada ke public toilet..entah2 gadis sunti...
Quote BookerT 15-12-2017 11:20 PM
Carcosa replied at 15-12-2017 10:39 PM
Apaaaaa lah si Uqasha ni pandang si Hefny ni hoiiii. Mcm desperado si Uqa ni lps putus (katanyaaa) d ...

kerabat di raja negeri mana nyah? pulau pinang ke nyah?
Quote SummerAutumn 15-12-2017 11:29 PM
hmm..bagusla ada niat baik tu
Quote fliphair8 15-12-2017 11:46 PM
Cepat sangat qasha announce nikah...tunang dulu la....moga dipermudahkan ye
Quote rayray28 15-12-2017 11:50 PM
Suka tgk hubungan adik bradik uqasha ni..sgt closee. Seronok tgk

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.051970 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top