Kalau dah namanya ada anak kecil di rumah, memang susah nak tengok rumah itu sentiasa berada dalam keadaan kemas. Naluri budak-budak memang suka bermain dan sepah-sepahkan mainan serta buku-buku. Walau dah kemas rumah berkali-kali, ia akan kembali bersepah! Membiarkan anak-anak bermain mainan dan melakukan pelbagai aktiviti kesukaan mereka di rumah dikatakan amat bagus untuk perkembangan dan tumbesaran mereka. Ia dapat merangsang otak dan deria anak-anak berbanding yang selalu diberi gajet. Maknanya, tidak mengapalah jika keadaan rumah kelihatan seperti tongkang pecah asalkan anak-anak gembira bermain.
Tapi ramai yang mak bapak yang sentap bila dikatakan rumah yang tersusun rapi, bersih, dan keadaan barang yang tidak diusik itu petanda bahawa mereka adalah mak bapak yang tidak baik.
Satu Fb pages milik Muhajirin Tarbiayatul Aulad yang telah dialih bahasa daripada Bahasa Arab itu menerima kecaman kerana ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Orang kata main bersama-sama anak tu lebih baik, sambil main sambil mengajar yang mana elok dan yang mana tak elok dibuat. Jangan biarkan anak-anak bermain sendirian lagi-lagi anak kecil yang suka masukkan mainan di dalam mulut. Kalau dah rumah bersepah, macam-macam benda terjumpa. Sebenarnya ada yang salah faham dan baca tak habis tentang artikel tersebut. Penulis bukanlah bersetuju membiarkan rumah sentiasa berada dalam keadaan bersepah dan kotor. Rumah bersepah ketika anak-anak sedang bermain adalah bagus kerana mereka sedang meneroka pelbagai perkara dalam hidup tetapi anak-anak perlu juga diterapkan tentang aspek kebersihan dan aturan di rumah. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|