Selama ini, mungkin anda pernah tertanya-tanya ada ke orang makan ikan Buntal? Jawapannya ada dan ianya sedap okay! Mungkin resipi kali ini agak pelik bagi ramai orang. Namun tahukah anda sajian ini popular di sesetengah tempat di Sabah dan Sarawak.
Ketahui cara-cara nak bersihkan dan masak ikan buntal yang dikongsi oleh Abel Lione Karia di laman Facebooknya. BAHAN-BAHAN Ikan buntal 10 ulas bawang merah kecil 10 batang serai Halia sebesar ibu jari 10-15 ulas bawang putih 1 sudu kecil kunyit atau serbuk kunyit Lada (ikut citarasa) Perasa secukupnya Minyak untuk tumis 1 cawan air CARA-CARA 1. Rebus dahulu ikan Buntal dengan 4 batang serai (sehingga air mendidih) 2. Kemudian cabut duri dan buang hempedu beracun dalam perutnya 3. Selepas duri dah dibuang, panaskan minyak dan tumbuk bahan-bahan. Tumis bahan sampai garing dan naik bau baru masukkan hati ikan buntal dan gaul hingga sebati 4. Kemudian baru masukkan ikan buntal dan gaul sehingga sebati 5. Akhir sekali letak 1 cawan air agar ia berkuah sedikit 6. Tunggu mendidih kemudian tutup api. Siap dan boleh dihidangkan Walaupun agak leceh nak sediakan tapi rasanya memang sedap. Tapi Awas! Kalau anda tak yakin atau rasa tak ada kepakaran untuk buang duri ikan buntal ni, janganlah berani-berana cuba. Dapatkan pertolongan dari yang pakar kerana dikhuatiri tercedera akibat duri yang beracun. Selamat mencuba! -CARI Kredit resepi: Abel Lione Karia
|
ADVERTISEMENT