Hatta Dolmat, pereka fesyen terkenal tanah air melahirkan kekecewaanya apabila melihat fesyen yang digayakan Ella baru-baru ini dan menyifatkannya seperti terbelit ular sawa.
Katanya, Ella adalah Ratu Rock dan Legenda yang sangat dihormati dalam muzik rock tempatan dan rekaan fesyen tersebut adalah sangat tidak sesuai serta tidak menggambarkan personalitinya. Fesyen yang dimaksudkan Hatta Dolmat itu digayakan ketika Ella mengadakan konsert Ella Live with the MPO, A Rock Queen Journey di Dewan Filharmonik Petronas yang berlangsung pada awal Disember lalu. Peminat Ella juga bersetuju dengan kenyataan Hatta Dolmat yang dimuat naik dalam laman sosial Twitter kerana merindui imej rock Ella yang dahulu. "Kak Ella, saya merindukan imej yang dahulu. Saya rindukan imej kemeja-t putih dengan gaya rock," tulis salah seorang peminat Ella. Malah ada juga peminatnya mengatakan imej terkini Ella tidak sesuai dengan kematangan usianya pada hari ini. Alahai, pereka baju Ella mesti tersentap dengar kritikan Hatta Dolmat kan? Apa pun, suara Ella tetap terbaik! -CARI
|
4
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
2
Sedih |
8
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT