Seorang remaja berusia 15 tahun lebih rela mati dari mengahwini bekas kakak iparnya sendiri. Mahadev Das bunuh diri dengan cara menggantung diri selepas dipaksa menjadi suami kepada Ruby Devi, 25 berikutan kematian abangnya beberapa tahun lalu.
Mnurut Indian Express, abang Mahadev yang dikenali sebagai Santosh Kumar Das (bekas suami Ruby) mati akibat terkena kejutan elektrik pada tahun 2013. Pegawai polis Deputi Superintendan Manish Kumar berkata, tiada nota bunuh diri yang ditinggalkan. “Mahadev menganggap kakak iparnya itu seperti ibu kerana menjaganya sejak kecil. Wang pampasan Rs 80,000 rupee (RM5,080) kematian abangnya menjadi punca dia dipaksa kahwin."
Tambahnya, keluarga Santosh ada menerima pampasan dari tempat dia bekerja. Namun bapa Santosh, Chandreshwar Das, berkata ibu bapa Ruby mahukan semua wang pampasan itu sebagai bayaran ganti rugi wang hantaran perkahwinan. “Saya sudah memberi Rs 27,000 (RM1,714) kepada Ruby dan memberi jaminan akan memberikan selebihnya. “Namun mereka masih mendesak, sama ada memberi baki wang itu akan mengahwinkan anak saya dengan Ruby,” katanya. Polis sedang menyiasat kes dan keluarga tersebut boleh didakwa kerana terbabit dalam perkahwinan kanak-kanak. -CARI
|
noell replied at 14-12-2017 06:12 PM
ala cer kalo akak ipar cantek mcm nelopak ka fazura ka sure berebot laa
susukambingbest: kalau cun mcm tu, alih2 heol dtuduh pnyebb kmatian abg dia
noell replied at 14-12-2017 06:12 PM
ala cer kalo akak ipar cantek mcm nelopak ka fazura ka sure berebot laa
Namun bapa Santosh, Chandreshwar Das, berkata ibu bapa Ruby mahukan semua wang pampasan itu sebagai bayaran ganti rugi wang hantaran perkahwinan.
ADVERTISEMENT