Netizen ni ada sahaja yang tak kena, bertalu-talu hentam selebriti dan kali ini yang menjadi mangsa adalah Shila Amzah. Sebelum ini memang ramai haters Shila Amzah, sekarang penyanyi ini bertambah bengang bila dibandingkan dengan Neelofa pula! Seorang netizen telah meninggalkan kritikan di ruangan Youtube milik pelantun lagu Selamanya Cinta ini dengan menulis, “Jangan cuba untuk bertutur seperti Neelofa, Neelofa dari MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) dan dia memperolehi 10 A dalam SPM. Awak dari Convent Bukit Nenas di mana pelajar kurang cerdik aliran sastera dalam kelas. Kami tahu sejarah hidup anda” Kekecewaan tersebut diluahkan oleh Shila melalui Insta Story, yang menafikan tuduhan netizen terbabit. Kata Shila, fakta netizen tersebut tunggang terbalik dan tak masuk akal. Tak pasti pula apa dendam netizen tersebut pada Shila. Semoga Shila terus bertabah melayan haters tegar ya. -CARI |
Merbaupatah replied at 14-12-2017 05:44 PM
Hajjah pun bukan dr science class pun
If aliran sains straight a’s tu mmg btol pandai
Merbaupatah replied at 14-12-2017 05:44 PM
Hajjah pun bukan dr science class pun
If aliran sains straight a’s tu mmg btol pandai
ADVERTISEMENT