Baba Low di Bangsar Utama kali ini menjadi lokasi pilihan bagi memenuhi nafsu makan kami! Dibuka setiap hari dari 10 pagi sehingga 10 malam, Baba Low menawarkan pelbagai pilihan makanan Peranakan asli dari Melaka dengan harga berpatutan.
Bagi anda yang sukakan sajian homecooked, bolehlah datang berkunjung. Apa yang anda boleh pesan di Baba Low? Berikut 5 menu wajib rasa di sini. Laksa Nyonya RM8.80 Laksa Nyonya resepi tradisi dari Melaka ini dihidangkan dengan penuh kasih sayang dengan sentuhan santan lemak berkrim, udang, telur, kuah yang agak pedas dengan hirisan timun sebagai hiasan penambat hati dan rasa. Cuba sekali, pasti terbayang-bayang dan nak lagi!
Ikan Goreng Cili Garam RM8.80 Ikan kembung digoreng rangup dan dilumurkan dengan cili sedikit pedas, masam dan sudah tentu sedap menjilat jari! Pinggan anda pasti licin! Cendol RM5.80 Diperbuat daripada daun pandan segar dan beraroma enak, digabungkan pula dengan Gula Melaka, santan dan kisaran ais yang menyegarkan anak tekak. Memang sesuai nikmati Cendol Baba Low sebagai pencuci mulut atau penghilang dahaga. Bendi Sambal Belacan RM7.10 Selain bahan utama seperti bendi dan sambal belacan, bahan-bahan seperti cinta dan kasih sayang turut menjadi antara ramuan penting menu ini. Dibuat pula dengan pelukan mesra jari jemari chef Baba Low. Pasti kecur air liur! Kepak Ayam Berperisa Sedap juga ratah kepak ayam sambil selang-seli makan nasi. Kepak Ayam Baba Low dihidangkan dalam tiga perisa. Anda boleh pilih perisa Honey Mustard, Teriyaki atau BBQ. Jika anda pesan 12 ketul ayam, anda boleh pilih dua perisa kegemaran anda. Alamat: Baba Low Bangsar Utama 2, Jalan Abdullah,Bangsar 59000 Kuala Lumpur No Telefon: 03-2202 0038 012-250 0278 Perut dah mula buat 'goyang gerudi', tunggu apa lagi? Ayuh ke Baba Low! -CARI
|
8
Bagus |
4
Marah |
5
Terkejut |
6
Sedih |
4
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT