Terkejut besar dibuatnya bila seorang pengguna mendapati caj yang dikenakan ke atasnya bagi sebuah Uber ialah As$18,518 atau bersamaan RM75,694!
Awani melaporkan mangsa, Hisham Salama menggunakan Uber untuk ke Hospital St Joseph yang terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari rumahnya di Toronto, Kanada pada Jumaat lalu. Pada awalnya dia cuma ketawa melihat caj berkenaan, namun selepas membuat pembayaran menggunakan kad kredit dia menyedari kesilapan itu menerusi penyata kad tersebut. Yang lebih mengejutkan, wakil Uber yang dihubunginya berkata tiada kesilapan terhadap caj berkenaan. "Tak ada orang yang waras akan mengatakan tambang perjalanan yang memakan masa 20 minit ialah AS$18,000," katanya kepada portal Vice. Namun, selepas kisah lelaki itu tular di media sosial, barulah Uber mengeluarkan permohonan maaf dan memulangkan semula duitnya. "Kami mohon maaf kepada penumpang terbabit dan telah pun memulangkan wangnya. "Kami telah mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengelakkan hal seumpama ini terjadi lagi," kata Uber dalam satu kenyataan.
|
faraway1 replied at 14-12-2017 11:28 AM
wah banyaknya kredit limit dia
shamsadis replied at 14-12-2017 12:53 PM
kalau kat oversea, bank bagi kad kredit limit hingga RM250K
ADVERTISEMENT