CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 8 Tahun Maut Tertembak Senapang Moyang

14-12-2017 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6071| Komen: 46

Seorang ibu terkilan apabila suara anaknya masih terngiang-ngiang dalam fikiran memintanya menemani membeli kelengkapan persekolahan.

"'Mama baliklah, ambil kakak pergi beli baju sekolah'.


"Saya terkilan tidak sempat tunaikan permintaan Puteri. Malam semalam saya ada menghubunginya dan masih terngiang-ngiang permintaannya kepada saya supaya pulang dan teman dia pergi beli barangan sekolah," kata Wan Nor Suriati Wan Masri, 26.


Foto: BH Online/Bernama

Memetik BH Online, Puteri Intan Sharini Mohd Hishamuddin, 8, maut selepas tertembak senapang patah milik moyangnya, semalam.

Difahamkan, mangsa sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah datuknya di Kampung Empa, Pokok Sena, sebelum terkena tembakan senapang patah milik moyangnya, Saidin Hamid, 80, pada kira-kira jam 11.30 pagi.

Ketika kejadian, Suriati berada di rumahnya di Kampung Baru, Wang Tepus, Jitra, sebelum bergegas ke rumah bapanya di Pokok Sena itu.

"Sebak saya lihat keadaan muka Puteri berlumuran darah sambil diriba neneknya. Saya tergamam dan terduduk sampai tidak boleh buat apa-apa lagi.

"Saya hanya tahu anak saya tertembak, tetapi tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku," katanya.

Sementara itu, bekas suami Suriati mengesahkan Saidin memiliki senjata api yang sering digunakan untuk berburu, namun tidak tahu bagaimana kejadian sebenar berlaku.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sudah merampas senapang patah serta lesen senjata api berkenaan untuk tindakan lanjut.

Dua lelaki (ahli keluarga mangsa) turut ditahan bagi membantu siasatan.


Foto: BH Online

"Berdasarkan siasatan awal, suspek, 50, dikatakan mengambil senjata api terbabit untuk menembak tupai, namun seorang lagi suspek berusia 15 tahun secara tidak sengaja tertembak senapang patah itu dan mengenai mangsa.

"Kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat," katanya. - CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SWORKS27 14-12-2017 09:58 AM
Allah..
sedih sebab kecuaian, hilang nyawa..

suratan takdir
Quote dutch_lady 14-12-2017 09:59 AM
Allahuakhbar...comel budak nye...     
Quote bulalof 14-12-2017 10:01 AM
takziah. kes cuai.
Quote helicornia 14-12-2017 10:06 AM
dorang ni mmg sume kawin awl ek..umo 26 ank dh 8 thn. yg suspek umo 50 dh jd moyang..
Quote haryatie 14-12-2017 10:07 AM
kesiannyaa..
Quote chazey 14-12-2017 10:10 AM
Macam kes kezen aiol umo gini juga la, tertembak diri sendiri masa main pistol apaknya yang polis. Dah lebih 30 tahun berlalu pun uncle auntie aiol tak recover sepenuhnya dari kejadian tu walau ramai lagi anak2 lain.
Quote MyNameIsIris 14-12-2017 10:11 AM
Mak dia mesti dendam dengan family ex laki lepas ni
Quote batmana 14-12-2017 10:17 AM
apa punya bapala
walaupun bercerai,

tgkla keadaan rumah tu, bdk2 15 thn selamba dibagi pgg senapang,
confirmla rumah tu tk selamat diduduki,

lagi2 anaknya

baik letak anaknya kt umah bkas bini aja
Quote imransulaiman 14-12-2017 10:25 AM
helicornia: dorang ni mmg sume kawin awl ek..umo 26 ank dh 8 thn. yg suspek umo 50 dh jd moyang..

Suspek umur 50 tahun tu datuk mangsa. Pemilik senapang tu yang moyang..umur 80 tahun...

Kalau saya tak silap baca lah :-)
Quote paz 14-12-2017 10:27 AM
Cuai sangat. Safety first, safety first people.
Quote JunkMail 14-12-2017 10:28 AM
helicornia replied at 14-12-2017 10:06 AM
dorang ni mmg sume kawin awl ek..umo 26 ank dh 8 thn. yg suspek umo 50 dh jd moyang..

Moyang umur 80...atok umur 50.. anak cucu cicit dari 8 ke 26 tahun kot
Quote yangsemb 14-12-2017 10:31 AM
TAK dapat membayangkan perasaan  ibu bapa n keluarga terdekat, Al fatihah
Quote Vokuro 14-12-2017 10:32 AM
sengaja tembak lah tu, maybe woman haters? terpengaruh dengan isis??
Quote Vokuro 14-12-2017 10:34 AM
chazey replied at 14-12-2017 10:10 AM
Macam kes kezen aiol umo gini juga la, tertembak diri sendiri masa main pistol apaknya yang polis. D ...

bimbo nya kasen sister, ummah bimbo sesuai lah mati
Quote RedPoppy1 14-12-2017 10:47 AM
sedih weh kes ni... camna la boleh buat main senapang tu. tapi dah ajal dia kan


Aizat Sharif
[email protected]


POLIS membuka kertas siasatan berhubung kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, Puteri Intan Sharini Mohd Hishamuddin yang maut tertembak senapang patah di Kampung Empa, Mukim Derang, Pokok Sena hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner, Mohd Rozi Jidin dalam satu kenyataan ringkas kepada media berkata, ia adalah berikutan penahanan remaja berusia 15 tahun yang juga sepupu kepada mangsa.

“Berdasarkan rakaman percakapan seorang daripada penghuni rumah berkenaan yang juga sepupu mangsa berusia enam tahun, dia memberitahu bahawa sebenarnya abangnya yang berusia 15 tahun itu yang menembak mangsa menggunakan senapang patah yang dibawa oleh datuk mangsa untuk aktiviti menembak tupai.

“Remaja berkenaan serta datuk mangsa yang berusia 60 tahun itu ditahan manakala senapang patah dan lesen senjata api yang digunakan dalam kejadian itu pula dirampas,” katanya.

Beliau berkata, senapang patah itu adalah milik moyang mangsa, Saidin Hamid yang berusia 80 tahun dan lesen senjata api untuk pemilikan senapang patah itu pula didapati masih sah sehingga Jun tahun hadapan.

Mayat mangsa kini berada di Unit Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat yang dijangka akan dilakukan esok.

Sebelum ini, maklumat awal yang diterima adalah kematian Puteri mangsa adalah berpunca letupan senapang patah yang dikatakan terjatuh ke lantai di ruang tamu rumah berkenaan yang ketika itu sedang berbaring seorang diri sambil menonton televisyen di ruang tamu itu.

Letupan senapang itu kemudian mengenai pipi kiri mangsa menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.
Quote rospinki 14-12-2017 10:47 AM
tu pasal aku tak pernah letak anak2 aku dirumah sedara mara even umah makpak aku sdri baik cuti sekolah. satu dahla menyusahkan org lagi apa diorg buat tah..mcm2 boleh jadi. mcm2 diorg offer nk jaga anak2 aku lah..nk tolonglah..sorry..biarlah diorg depan mata. takziah kt ibu dia..hancur hati dia. moga diberi kekuatan dan kesabaran.
Quote nuralisa 14-12-2017 10:54 AM
mak mangsa ibu tunggal dok jitra ..
agaknya cuti2 sekolah letakla kat kg..rumah  parents mak mangsa dekat pokok sena ..
sepupu sepapat semua ada sekali kat kg..

yg sepupu 15tahun tu agaknya main senapang patah..
dok sua2 kat mangsa.. sekali agaknya tertembak...
alfatihah ...
tragedi cuti sekolah di kampung...  

Quote mieymiey 14-12-2017 10:55 AM
Takziah buat keluarga arwah adik Puteri
Quote zameyla 14-12-2017 10:57 AM
Allahu....kesiannya...tengah tengok tv kot...tak tahu apa2....

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.049059 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top