CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Andalusia, Tamadun Tersembunyi Lebih 800 Tahun Lamanya..

13-12-2017 04:45 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8469| Komen: 24|Original author: Oleh: Azza Rai


Kelab bola Real Madrid, kelab bola Barcelona, laga lembu (matador), tarian Flamenco dan bahasa Spanish antara daya tarikan utama di negara penuh warna warni Sepanyol. 


Patutlah Sepanyol menjadi dambaan pengembara yang mahu lari dari kebiasaan lokasi pelancongan. 

Namun masih ada tinggalan tamadun yang agak tersembunyi di sana yang ramai pelancong Malaysia tidak begitu tahu pabila membicarakan tamadun Islam. 

Era Uthmaniyyah di Istanbul, Turki lebih popular sedangkan wilayah Andalusia juga tidak kurang hebatnya. 


Putarkan imaginasi anda merujuk kepada Kerajaan Islam pada Dinasti Umayyah yang meluaskan sayap kekuasaannya ke Eropah dari Afrika Utara melalui pimpinan Tariq bin Ziyad.


Jadi, apa lagi – jom lihat tinggalan peradaban, keilmuan dan seni bina sejarah berusia 800 tahun lamanya di Andalusia ini.  
 
1) Alhambra - Destinasi wajib kerana ia dibina berdasarkan gambaran syurga didalam Al-Quran. Segalanya mempunyai fungsi sendiri hinggakan bunyi air pancur disetiap ruang adalah berbeza mengikut fungsi ruang tersebut. Ia turut menjadi bukti betapa tingginya taraf ilmu dan peradaban di Andalusia ketika itu.

Alhambra juga menduduki tempat ke 8 dalam Top 10 Most Visited Monuments di Tourism-Review dengan anggaran 3 juta pelancong setahun. 

2) Albaycin - Bersebelahan Alhambra yang cuma dipisahkan dengan   Sungai Darro. Sebagai Muslim District dan paling best adalah apabila kita masuk dan sesat didalamnya!   


3) Sacromonte - penempatan tradisi bagi kaum Gypsies Granada yang tinggal di dalam rumah gua. Di sini juga tempat  asal bermulanya tarian Flamengo. 

4) Mezquita de Cordoba - Antara contoh terbaik bagi seni bina Islam. Dibina sewaktu pemerintahan Khalifah Abdul Rahman I. Hebatnya masjid ini hingga pernah digelar sebagai 'Permata abad ke 10' sewaktu pembinaannya. Malangnya apabila Cordoba jatuh ke tangan pemerintahan Kristian, masjid ini ditukar menjadi gereja hingga kini.

5)  Real Alcazar de Sevilla -  antara istana tercantik yang ada di Sepanyol dan ia adalah istana kerajaan tertua di Eropah yang masih digunakan sehingga kini.

   
6) Ronda - sebuah pekan kecil yang berada di kawasan tinggi serta dikelilingi bukit bukau. Manakala Puente Neuvo, jambatan besar yang menghubungkan dua kawasan adalah ‘landmark’ bagi kawasan ini. Sesuai buat anda yang menginginkan feel kota-kota lama Andalusia.
 
7) Pueblos Blancos de Andalucia atau White Town of Andalucia -  keunikan bandar lama yang bercat putih berbumbung coklat di lereng bukit. Anda akan jumpanya di mana-mana sahaja dan di dalam perjalanan nanti!


Anda perlu tahu:

- Disebabkan kawasannya yang berbukit bukau, anda perlu banyak berjalan.

- Berada di hujung Eropah, Sepanyol berada di sebelah Morocco di Afrika Utara yang cuma dipisahkan dengan Selat Gibraltar sahaja. Kita boleh menaiki feri sahaja ke Morocco!


- Makanan halal sangat mudah didapati di Andalusia. Orang Morocco banyak membuka perniagaan makanan disini terutamanya kebab.

- Bahasa Inggeris bukan bahasa utama di sini, akan tetapi di stesen pengangkutan dan restoran, mereka mempunyai asas Bahasa Inggeris yang membolehkan kita berkomunikasi dengan mereka. - CARI  



Kredit FB page : Travellar.MY
7

Bagus
12

Marah
12

Terkejut
14

Sedih
15

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nishgau 13-12-2017 10:00 PM
I love this postpaypal generator
Quote adeqqq 14-12-2017 11:29 AM
sangat cantik, dah pegi semua tempat ni bulan 4 hari tu.
Quote yangsemb 14-12-2017 05:44 PM
Menariks tertarikss
Quote Cari-Azza 15-12-2017 01:32 PM
adeqqq replied at 14-12-2017 11:29 AM
sangat cantik, dah pegi semua tempat ni bulan 4 hari tu.

Wah! syoknya...so jelesss

Quote Artemesiaa 15-12-2017 02:02 PM
Betul tu amat cantik prefer ke sana dari ke Tukri
Quote wadiunong 15-12-2017 03:39 PM
adeqqq replied at 14-12-2017 11:29 AM
sangat cantik, dah pegi semua tempat ni bulan 4 hari tu.



uols pegi sendiri atau guna travel agency? cer citer
Quote cikpah27 15-12-2017 04:53 PM
adeqqq replied at 14-12-2017 11:29 AM
sangat cantik, dah pegi semua tempat ni bulan 4 hari tu.

Wahhh.. kalau tak keberatan, sharelah gambar yang uols tangkap masa kat sana.. nak gak tengok..
Quote arareez 15-12-2017 06:11 PM
adeqqq replied at 14-12-2017 11:29 AM
sangat cantik, dah pegi semua tempat ni bulan 4 hari tu.

wahh... sejuk tak? iols pegi lepas raya... panas ya hamat
Quote adeqqq 16-12-2017 07:53 AM
wadiunong replied at 15-12-2017 03:39 PM
uols pegi sendiri atau guna travel agency? cer citer

Pegi sendiri lagi puas dapat explore lama2 n puas hati kl ngn agency terkejar2
Quote adeqqq 16-12-2017 07:58 AM
arareez replied at 15-12-2017 06:11 PM
wahh... sejuk tak? iols pegi lepas raya... panas ya hamat

Pegi time spring...sgt best. Pemandangan cantik dan cuaca nyaman xde la sejuk sgt. Nk pegi europe country ni sesuai g time spring
Quote adeqqq 16-12-2017 08:04 AM
cikpah27 replied at 15-12-2017 04:53 PM
Wahhh.. kalau tak keberatan, sharelah gambar yang uols tangkap masa kat sana.. nak gak tengok..:lo ...

Sy x reti tepek gambar2 ni, walau dh lma forum. Haha
Quote wadiunong 16-12-2017 10:52 AM
adeqqq replied at 16-12-2017 07:53 AM
Pegi sendiri lagi puas dapat explore lama2 n puas hati kl ngn agency terkejar2

Public transport senang tak uols? Tula i lg prefer travel sendiri dpd agency ni. Sbb dah pernah pegi OZ sendiri rasa senang sgt tp kt OZ public transport efficient takde problem. Tu yg nak tanya uols psl public transport kt Spain mcm mana
Quote adeqqq 16-12-2017 11:48 AM
wadiunong replied at 16-12-2017 10:52 AM
Public transport senang tak uols? Tula i lg prefer travel sendiri dpd agency ni. Sbb dah pernah pe ...

Sangat senang, sy byk guna bas kt dlm bandar. Kl nk g al hambra ni bleh amk beli tiket masuk dgn granada pass tuk cover dlm granada.Cordoba nk g tmpt2 mnrik bleh jln kaki je, cuma msukkan tmpat medina az zahra dan kiblat masjid kat istana ni bertul2 tepat mngarah ke kaabah, yg kt cordoba tu terlari sikit.

Dr madrid ke cordoba tu naik train,  Train mmg laju tp dr cordoba to granada naik bas alsa je termsuk juga kl nak ke seville. Alsa bas dia ni mmg selesa sgt dn diaorg akn bg sekali mineral water n cake(halal).
Quote meow_tompok 16-12-2017 12:17 PM
cikpah27 replied at 15-12-2017 04:53 PM
Wahhh.. kalau tak keberatan, sharelah gambar yang uols tangkap masa kat sana.. nak gak tengok..:lo ...

setuju, ramai nak tgk
mudahan ada rezeki dpt jejakkan kaki kat sana
Quote shara154 16-12-2017 04:17 PM
Ruginya kalau xpernah sampai Andalusia
Alhambra a must visit kalau sampai sana
Quote shara154 16-12-2017 04:20 PM
Alhambra Palace
Quote wadiunong 16-12-2017 05:23 PM
adeqqq replied at 16-12-2017 11:48 AM
Sangat senang, sy byk guna bas kt dlm bandar. Kl nk g al hambra ni bleh amk beli tiket masuk dgn g ...

Tula plan nak pegi nxt year dgn bff. Tp bff i mcm tak yakin nak travel solo sebab takut problem bahasa katanya.  Rasanya travel sendiri kos lg murah compared ambik travel agency kan
Quote adeqqq 16-12-2017 06:05 PM
wadiunong replied at 16-12-2017 05:23 PM
Tula plan nak pegi nxt year dgn bff. Tp bff i mcm tak yakin nak travel solo sebab takut problem b ...

Sy g 15hari berempat ngn member, jelajah turki(istanbul), spain(madrid, cordoba, granada n seville and swiss(geneva, lauterbrunnen, jungfrou n lucerne). Flight kl-istanbul return, turkey-madrid, madrid geneva, zurich-istanbul. Kos hotel2, pengangkutan, tiket masuk. Semua kos x termsuk shopping rm7k
Quote wadiunong 16-12-2017 08:48 PM
adeqqq replied at 16-12-2017 06:05 PM
Sy g 15hari berempat ngn member, jelajah turki(istanbul), spain(madrid, cordoba, granada n seville ...

Ooo tq2 for sharing. Kalo uols tak kisah boleh ke pm i ur itinerary masa kt spain. Kalo u ada blog ke pm la iols blog u. Tq in advance yea

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.197577 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top