Pernah tak terkena bila tengah sedap minum susu dalam kotak tiba-tiba rasa pelik? Itulah nasib malang yang menimpa seorang kanak-kanak yang terminum susu kotak yang dibeli oleh bapanya.
Berdasarkan perkongsian di laman sosial Facebook bapa kanak-kanak berkenaan, dia menyedari perkara tersebut apabila anak keduanya mengadu tentang rasa susu itu yang pelik setelah meminum hampir kesemua susu tersebut. Bila diperiksa tarikh luput, belum sampai masanya lagi. Dia membuka kotak susu berkenaan untuk memeriksa kandungannya dan alangkah terkejutnya terdapat ketul-ketulan yang meragukan. Anda boleh lihat dan nilaikan sendiri dengan melihat gambar di bawah. Insiden tersebut mendapat banyak reaksi dari para netizen. Ada yang menyalahkan syarikat susu tersebut, ada yang menyalahkan peniaga yang tidak menyimpan susu itu pada suhu yang sesuai dan banyak lagi. Jika perkara ini terjada pada diri sendiri, apa tindakan anda? Serik ke tak serik? Lepas ni berhati-hatilah ya, takut-takut kena keracunan makanan nanti susah pula. -CARI |
ADVERTISEMENT