CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Akak Meroyan Bila Orang Tak Nak Tolong Melayu Buat Testimoni Palsu

13-12-2017 02:32 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 5526| Komen: 21|Original author: Oleh: Ain

Zaman sekarang ni, orang berlumba nak berniaga untuk menjana pendapatan. Tak kiralah produk apa sekalipun, mesti dipaparkan testimoninya dengan tujuan meraih kepercayaan dan menarik pelanggan baru.


Persoalannya di sini, betulkah semua testimoni yang dikongsikan tu?


Sekarang ni adalah zaman kita bermain dengan teknologi. Macam-macam boleh kita buat termasuk memalsukan testimoni. Tak percaya? Berlambak testimoni palsu di Facebook (FB), Instagram (IG) dan laman sosial lain.

Terbaru, seorang pengguna FB berkongsi gambar perbualannya dengan seorang peniaga sebuah produk. Wanita itu meminta khidmat Farah Zakiah untuk menyunting gambar bagi membuat testimoni palsu produknya.


Tak kuasa aku nak tolong!






"Orang Melayu nak meniaga pun tak nak tolong. Bukannya aku tak bayar!"

Eh, eh. Marah pula akak ni bila Farah tidak mahu terjebak, bersubahat membuat testimoni palsu untuk produknya.


Foto: FB Farah Zakiah

Memanglah bayar kak oii, tapi tak kesian ke pada mereka yang lain apabila tertipu menggunakan produk awak tu? Itu belum lagi yang dapat kesan buruk akibat menggunakan produk akak.

"Aplikasi WhatsApp pun boleh buat testimoni palsu. Ramai pengasas produk kemam-kemam, terus putih...hisap-hisap, terus kurus...tepuk-tepuk, terus glowing. Mereka guna WhatsApp untuk buat testimoni palsu ni.

"Mak aii. Begini rupanya cara mereka berniaga. Ini dia contoh produk scam,"
netizen.




Foto: FB

Amacam? Kepada anda yang suka sangat percaya dengan testimoni produk di luar tu, berjaga-jagalah ya. Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi dah. - CARI

Bagus
7

Marah
2

Terkejut
12

Sedih
3

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 13-12-2017 02:52 PM
takkanla org islam nak buat mcm tu...rezeki haram tau
org kita kan semuanya konfirm baik baik saja....suci murni
Quote miemiecha 13-12-2017 03:02 PM
mek dlu, kazen jual ibu putih ke hape tu, suh mek send muka mek.. hagham smpai sudah mek x kasi.. maluuuuu
and mek x guna pun benda alah tu, muka bertepek jerawat.. nk edit bagai, ploles sgt lettew, pakai je 360 kemere.. kompem lawa.. kejap.. hahahah
Quote nisako 13-12-2017 03:31 PM
ishhhhhhhh nak buat fake pulak........dasar.....
Quote MH3707 13-12-2017 03:48 PM
bukan leh caya pun...lelbih lagi produk2 sampah ni...mmg tak beli lah aku...not my class
Quote cewekbopot 13-12-2017 05:08 PM
tu la yg aku plik, produk baru masuk market tapi testimoni byk & memberangsangkan blaka

Quote Jorja 13-12-2017 05:13 PM
Orang yg so naive aja suka percaya testimoni segala produk tu
Quote kroit92 13-12-2017 07:50 PM
benda dah lama berlaku. kalau orang jual apa2 barang, baik kosmetik, kesihatan, sampai la ke penapis air pun. bila bagi testimoni,
gambar semua sama. bukan hampir sama. memang gambar tu entah mana kau download, tepek dalam iklan, tukar caption je.

aku tak pernah percaya dekat iklan-iklan testimoni ni
Quote tembikai 13-12-2017 08:30 PM
jgn la percaya..dulu kini dan selamanya....
Quote kimchipedas 14-12-2017 12:50 AM
Arwah macik aku dulu pun cmtu lh produk apa ntah x ingat soh p bg testimoni dlm radio cakap macik mkn benda alah ni lutut x sakit dh bole jln elok terus..dpt la 50 hinggit utk kelentong seluruh pendengar radio aritu
Quote notyghosty 14-12-2017 09:08 AM
biasanya aku, klu nk beli produk baru nak naik mcm ni...aku akan tanya kwn2 yg pernah pakai... dan make sure bukan dia penjual produk tu... hahahah
Quote paz 14-12-2017 10:40 AM
Ada aja orang macam ni kan, paksa orang ikut pendirian dia yang tak betul. Tak suka.
Quote kechikchomel 14-12-2017 10:42 AM
Edited by kechikchomel at 14-12-2017 11:21 AM

nak tanya...
kalau product review kat Lazada/Zalora?Shopee tu buyer boleh delete tak?
slalu kalau nak beli barang tu tgk review dulu


edited : ehhhh....silap! nak tanya SELLER boleh delete tak sebenarnya


baru perasan lepas ada forumer reply


Quote chinta89 14-12-2017 11:02 AM
iols tidak terjebak dengan kepercayaan terhadap testimoni produk local...
Quote cewekbopot 14-12-2017 11:13 AM
kechikchomel replied at 14-12-2017 10:42 AM
nak tanya...
kalau product review kat Lazada/Zalora?Shopee tu buyer boleh delete tak?
slalu kalau  ...

prasan gak ni..nama len2 tapi cara penulisan sama! typo smua sama
Quote che-cikL 15-12-2017 12:25 AM
Dahlah main terjah, tak reti nak perkenalkan diri. Org tu tanya dua kali pun tak jawab2
Quote seb_baik 15-12-2017 08:47 AM
cewekbopot replied at 14-12-2017 11:13 AM
prasan gak ni..nama len2 tapi cara penulisan sama! typo smua sama

klu aku mmg rajin buat review kat zalora/lazada/shoppee/11street bagai tu sbb aku suka baca review sblm beli cuma aku rasa x la org jujur sgt tulis. especially klu brg2 tahap everage tu. aku mmg tulis same je ngn org lain tulis. n sesetengah tu mmg dia dh bg option comment dh ada kat situ pilih je.tu mgkn sbb nmpk comment similar je semua org. tp klu yg betul2 baik mmg aku buat ayat sndr
Quote taji2906 15-12-2017 10:12 AM
itu yg product cap ayam je.. aku wonder gak yg product yg masuk tv. siap guna artis/celebrity lagi.. ntah dorang guna ke x product tu
Quote cewekbopot 15-12-2017 03:03 PM
seb_baik replied at 15-12-2017 08:47 AM
klu aku mmg rajin buat review kat zalora/lazada/shoppee/11street bagai tu sbb aku suka baca review ...

suka baca review yg ikhlas dari hati
Quote cikgu_izza 15-12-2017 08:20 PM
Janganlah nudah terpedaya dgn testimoni ni semua. Nak beli, tanya seller. Lagilah salah. Mana ada testimoni negatif? Mana ada seller nak cakap barang dia x bagus?
Selidik dulu barang buat dari apa datang dari mana. Tapi tu lah. Rakyat malaysi ni ramai yg malas

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.050139 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top