CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pengembara Solo! Siem Reap Destinasi Paling Sesuai, Baca Tips Ini Dulu

13-12-2017 11:24 AM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 9048| Komen: 15|Original author: Diba S.

Nak mengembara solo, tapi di mana destinasi yang sesuai? Jawapannya, mestilah Siem Reap, Cambodia!

Bagi yang sukakan sejarah,budaya dan seni, anda mesti seronok melawat bandar kecil yang terkenal dengan kuil zaman purbanya seperti Angkor Wat.


Namun tahukah anda ada banyak lagi kuil zaman purba di Siem Reap yang boleh diterokai? Kalau nak rasai pengalaman seperti dalam filem Lara Croft: Tomb Raider atau kembali ke zaman purba lampau, datanglah ke sini!

Sebelum itu pastikan anda membaca tips di bawah ini bagi memudahkan perjalanan anda nanti!

1. Tukar duit anda ke matawang USD. Kebanyakan urus niaga menggunakan USD. Ada juga yang menggunakan Cambodian Riel (2000 Cambodia Riel = 0.50 USD)


2. Bawa wang secukupnya. Jika mengeluarkan wang di ATM tempatan anda akan dicaj 4-5 USD setiap kali pengeluaran! 

3. Pengangkutan: Anda boleh sewa basikal dengan harga 2 USD dan motor seperti Scooter pula 10 USD. Namun pelancong hanya dibenarkan bawa motor hanya di bandar Siem Reap. Untuk melawat kuil-kuil purba seperti Angkor Wat, anda boleh menaiki basikal (kalau anda seorang yang cergas!), sewa kereta atau tempah perjalanan anda dengan pemandu tuk-tuk. Harga bermula dari 15USD sehari. 

4. Lokasi penginapan: Bagi yang mementingkan makanan halal, anda boleh menetap berdekatan dengan kampung Steng Thmey. Terdapat banyak pilihan makanan halal dan sedap belaka. Ia merupakan kampung orang Cham dan ada antara mereka yang pandai berbahasa Melayu. 

5. Untuk pengalaman unik anda boleh menaiki bar bergerak yang dinamakan Peace and Love Tuk Tuk Bar. Mereka turut menyediakan minuman tanpa alkohol dan mocktail di sini. Anda akan dijemput seawal 3 petang dan dibawa ronda-ronda sekitar Siem Reap dan berhenti di sebuah lokasi indah untuk menyaksikan matahari terbenam. 


6. Kalau nak unik lagi cubalah Happy Pizza atau daging buaya di sini.


7. Anda juga perlu bijak mengatur lawatan anda ke Taman Arkeologi Angkor. Tiket masuk sehari untuk melawat kuil-kuil adalah 37USD. 


Turutan lawatan yang disyorkan adalah seperti berikut (mengambil kira faktor cuaca, masa dan jarak).

a) Angkor Wat (datang sini sebelum matahari terbit kerana pemandangan dan suasana yang sungguh indah hingga mampu membuatkan anda mengalir air mata)

Foto: Amazingplaces.com

b) Ta Phrom (terkenal kerana filem Lara Croft: Tomb Raider)


c) Neak Pean (dahulu kuil ini boleh diakses namun kini sebahagian besar kawasan ditenggelami air sekaligus menjadikan suasana tenang menusuk kalbu)


d) Preah Khan (Terdapat binaan yang mirip seperti di Athens, Greece)

e) Angkor Thom (Juga bermaksud Great City, ia merupakan pusat bandar terakhir empayar Khmer)

f) Pre Rup (kalau anda masih bertenaga, saksikan matahari terbenam di sini kerana tidak ramai orang)
Foto: Cambodiahotels.com
Bagi yang suka berendam boleh ke Phnom Kulen National Park dan mandi-manda di air terjun. Cuaca panas memang segar dan sedap kalau dapat air terjun! 

Jangan risau, Siem Reap selamat bagi wanita yang gemar mengembara solo! -CARI
5

Bagus
20

Marah
5

Terkejut
16

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harrypoter 13-12-2017 02:45 PM
tak minat sgt, aku lagi minat meneroka alam semulajadi
Quote syue86 13-12-2017 03:48 PM
mmg plan nk ke sini!
btw, muslim bley makan daging buaya ke?
Quote sherry70 13-12-2017 08:12 PM
siam reap  so far selamat utk perempuan .. saya selesa je masa d Siam Reap jln2 naik basikal . even my neice pun kata rasa lebih selamat d siam reap dari KL
Quote nishgau 13-12-2017 09:59 PM
I play psn games all the time using psn codes
Quote freesia71 14-12-2017 08:10 AM
Itu je ke tourist attraction kat siem reap?
Quote nhazlin 14-12-2017 11:37 AM
syue86 replied at 13-12-2017 03:48 PM
mmg plan nk ke sini!
btw, muslim bley makan daging buaya ke?

Setahu I haram. Daging buaya dikategorikan sebagai najis kerana ia bukan daripada jenis haiwan yang halal dimakan, sama ada disembelih atau tidak.

Quote syue86 14-12-2017 11:45 AM
nhazlin replied at 14-12-2017 11:37 AM
Setahu I haram. Daging buaya dikategorikan sebagai najis kerana ia bukan daripada jenis haiwan yan ...

i see..thanks ek..
klu serangga mahkruh right?
Quote nhazlin 14-12-2017 12:37 PM
syue86 replied at 14-12-2017 11:45 AM
i see..thanks ek..
klu serangga mahkruh right?

makhruh rasanya..

*betulkan kalau salah..*

Quote yangsemb 17-12-2017 05:15 PM
Semoga dapat pergo solo trip one day{:smile
Quote Cari-Faizal 20-12-2017 01:57 PM
happy holiday semua
Quote zaziot 21-6-2018 10:09 AM
im going to siem reap 1st flight esok..xtau la apa plannye..ikut org je ni
Quote suesz 11-9-2018 08:43 AM
Salam .

Nak tanya, untuk tuk2 uols deal siap2 kat Malaysia ke atau deal kat sana?
Quote samperit 8-10-2018 01:19 AM
suesz replied at 11-9-2018 08:43 AM
Salam .

Nak tanya, untuk tuk2 uols deal siap2 kat Malaysia ke atau deal kat sana?

Dulu I pegi deal dgn hotel. Deorg siapkan driver. Tuk2 driver memang available dkt mana2, bersepah2. Should be no issue.
Quote suesz 8-10-2018 12:57 PM
samperit replied at 8-10-2018 01:19 AM
Dulu I pegi deal dgn hotel. Deorg siapkan driver. Tuk2 driver memang available dkt mana2, bersepah ...



Thanks..
I went there, hujung bulan lepas, i amik klook je hehe... senang dan murah sikit kot compared dengan sewa tuk2.
Dorang akan ambil dan hantar balik ke hostel.


Nak share sikit pasal restaurants halal, boleh jumpa kat area Steung Thmei Village tu ada dalam 3-4 buah..
cuma, portion dorang quite besar juga utk solo traveler. sedap, tapi tak mampu abiskan hahaha..
Tempat-tempat ni semua tak jauh dari pub street & Night market (night market kat sanaa banyakk tempat, fenin nak melayan) .




Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.046223 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top