CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jual Bayi Kembar Secara Online Pada RM15,000

12-12-2017 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4858| Komen: 36

Gila! Malang sungguh nasib sepasang bayi kembar apabila mereka hendak dijual menerusi laman web jual beli terkemuka tanah air baru-baru ini, lapor BH Online.


Foto: BH Online/mudah.my

Susulan itu, polis menahan remaja perempuan bersama kekasihnya di dua lokasi berasingan bagi membantu siasatan.

"Suspek remaja perempuan berusia 20 tahun itu ditahan kira-kira jam 8 malam di rumahnya di Setapak, manakala pasangannya yang berusia 18 tahun ditahan satu jam kemudian di rumahnya di Ampang.

"Suspek dipercayai mengiklankan dua bayi kembar milik mereka, berusia empat bulan untuk dijual dengan harga RM15,000 di sebuah laman web jual beli pada Jumaat lalu.


"Bagaimanapun, tiada individu menghubungi nombor telefon yang dimuat naik bersama iklan berkenaan, sebelum kita menahan kedua-dua suspek," kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim.

Kes disiasat mengikut Seksyen 48 Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan pemerdagangan kanak-kanak.

Terdahulu, masyarakat digemparkan dengan sebuah iklan penjualan sepasang bayi kembar pada harga RM15,000 yang kemudian tular di laman sosial serta aplikasi WhatsApp pada Jumaat.

Bagaimanapun, difahamkan iklan terbabit sudah dikeluarkan. - CARI
1

Bagus
8

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 12-12-2017 11:07 AM
knapa dia tk report polis aja
tapi gigih msukn dlm mudah.my

dh maknye ting tong, nk jual
Quote sarahmirza 12-12-2017 11:19 AM
batmana replied at 12-12-2017 11:07 AM
knapa dia tk report polis aja
tapi gigih msukn dlm mudah.my


Baca tak sampai habis?
Ke baca tajuk je?

Kan ada tulis situ...
“Syed Azmi membuat laporan polis sebaik mengetahui tentang kes penjualan bayi kembar tersebut.”
Quote prettyuglybabe 12-12-2017 11:30 AM
dah report polis, so apa tindakan polis jkm semua tu?
Quote CiliPadiSedap 12-12-2017 11:42 AM
kembar siam ke kembar puchong?  
Quote samasam90 12-12-2017 12:26 PM
lain dek, post kat forum cari.. ummah pesbok, ummah suci semua.. nak tegur, kena potray kebaikan dahulu.. begitu kekdahnya.. hanat peel makcik pesbuk feelin ummah syurga..
Quote barfi 12-12-2017 08:21 PM
prettyuglybabe: dah report polis, so apa tindakan polis jkm semua tu?

Dengarnya jkm dah amik selamatkan bebudak tu
Quote noor2 12-12-2017 08:41 PM
First time kat Malaysia la ni .....jual terang terangan. ..nasib tak dibunuhnya anak2nya. ..depress ke apa. .....atau mental......
Quote Lula2 12-12-2017 09:13 PM
batmana: knapa dia tk report polis ajatapi gigih msukn dlm mudah.mydh maknye ting tong, nk jual


Apo ekau ckp ni?
Quote Jorja 12-12-2017 10:03 PM
Comelnya babies
Quote sukacactus 12-12-2017 10:27 PM
Eh family pun xhalang ke
Xcukup makan sgt ke, sampai kena jual ank
Quote chula 12-12-2017 10:55 PM
Ya allah sampai nk jual baby kt mudah..terdesak sgt ke dorg ni sampai sanggup..kesiannya baby tu
Quote Manjahati 12-12-2017 11:07 PM
Sian baby tu... Kembar pulak u...ramai lg yg ingin anak x dpt, ko yg dh ada kembar pulak tu sanggup nk jual
Quote sub5zero 13-12-2017 12:29 AM
Admin mudah tu punya la sengal.....blh plk ko lepas iklan tu tanpa screening terlebih dahulu
Quote Suchi 13-12-2017 12:30 AM
Edited by Suchi at 13-12-2017 01:17 AM

Sian syed azmi kena kecam, kalau takde org mcm dia iols pun xtau mcm2 isu weh yg menyedihkn kt tgh bdr kl ni terutama yg melibatkn baby..
Aritu ade kes ibu muda dlm pantang dgn baby nya duk tumpang ngn kawan tomboy. Ibu tu dr pahang, dtg kl nk cari tmpt tinggal n kerja. Sian gila tgk baby tu.

Syed azmi dan kawan2 dia ni bagus tak de nk judge org dulu ke apa yg utama bantu org tu tak kisah lah siapa pun..Kalo org lain kecam jelah yg tahu bantu nya tidak.
Quote esteryen 13-12-2017 06:54 AM
sukacactus replied at 12-12-2017 10:27 PM
Eh family pun xhalang ke
Xcukup makan sgt ke, sampai kena jual ank

Sama la kes kembar sajat tu. Ramai juga pertikaikan. Dia tu jantina pun xsure laki ke pompuan ke khunsa and sajat tu single, senang2 je dpt adopt kembar 1 pair. Tayang2 kat social media, xde laporan atau tindakan pun
Quote sukacactus 13-12-2017 07:52 AM
esteryen replied at 13-12-2017 06:54 AM
Sama la kes kembar sajat tu. Ramai juga pertikaikan. Dia tu jantina pun xsure laki ke pompuan ke k ...

Oh ank angkat dia tu kembar ke?
Aku nyampah dgn sajat gedik tu, so malas ambik tau
Dia tu pun elok diambik tindakan jg
Dah menyerupai pompuan sgt2, jab agama buat donno je
Quote chinta89 13-12-2017 09:54 AM
dimanakah perikemanusiaan sbg ibu..
Quote lkick2113 13-12-2017 01:33 PM
aku nak salahkan najib lah, eh silap, nak salahkan lobai bodo dan mufti, bila nak buat sex education katanya menggalakkan zina, bila bantah bin/binti Abdullah kata nya tu dah hukum agama anak luar nikah tak boleh bin/binti nama bapak, tu hukuman kepada pelaku zina walhal yg dosa makbapaknya yg kena hukum anak yg baru lahir???? kata ugama yg adil, tu lah dia olamak/mopti/ostad/ostazah bila banyak berlaku masalah buang bayi katanya kurang didikan ugama


lkick~hanya islam menjamin kesejahteraan


TAKBIRRRRRRRRRRRRRR
Quote manjalara_01 13-12-2017 01:55 PM
noor2 replied at 12-12-2017 08:41 PM
First time kat Malaysia la ni .....jual terang terangan. ..nasib tak dibunuhnya anak2nya. ..depress  ...

nasib x jadi mangsa paedo kaya

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.176098 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top