Musim dingin di United Kingdom dikatakan paling buruk pada tahun ini. Pasti White Christmas menjadi realiti. Salji berguguran di luar sambil duduk di hadapan unggun api yang hangat adalah sinonim dengan Hari Krismas yang bakal menjelang.
Lain pula kisahnya dengan satu tubuh diselaputi salji di atas bangku di sebuah taman. Alahai, kasihan sungguh dia kesejukan hingga tubunya 'membeku', lapor Mirror. Tiba-tiba, seorang wanita memandu lalu di situ dan ternampak tubuh yang sudah 'kaku' itu. Apalagi, wanita terbabit terus panik! Sebaik panggilan kecemasan dibuat, ambulans West Midlands bersama paramedik dikerahkan ke Brampton Park di kota raya Newcastle-under-Lyme, Staffordshire.
Mengikut laporan diterima, paramedik diperlukan bagi memberi bantuan kepada 'orang beku di dalam salji'. Apabila tiba di situ, pegawai perubatan mendapati 'orang' itu sudah kaku tanpa sebarang pergerakan. Namun, apabila didekati, paramedik mendapati tiada apa yang boleh mereka lakukan bagi membantu orang beku tersebut kerana ia hanyalah sebuah patung. Jadi, setelah berlegar-legar di situ selama lebih kurang satu minit, mereka pun beredar dari situ. Paramedik Katie Tudor dalam tweetnya berkata: “Kami terima panggilan orang awan yang risau kerana ternampak seseorang di atas bangku, tak bergerak dan diselubungi salji! Mujur apabila kami tiba, ia cuma sebuah patung!" Kejadian lucu ini berlaku pada jam 10.20 pagi, 11 Disember 2017. Sepatutnya wanita yang membuat laporan itu periksalah terlebih dahulu sama ada ia manusia atau tidak, kan? Ini main telefon terus untuk bantuan paramedik! Itulah, bila panik memang tak ingat apa-apa. Cuma hasrat nak membantu 'orang' kesejukan, tak begitu? Bak kata rakan Katie, lain kali tanya dulu 'orang' itu bagaimana keadaannya. Eh, kalau dah beku tentulah tak okey, kan? Patung itu dikenali sebagai 'Lady in the Park' dan berada di situ sejak November 2014 (wanita terbabit mesti tak tahu atau tak ingat atau mungkin dia memang tak pernah ke taman itu). Ia diletak di situ sempena ulang tahun ke-100 Perang Dunia Pertama. Ukiran patung itu menggambarkan seorang wanita sedang membaca surat dari pihak tentera bahawa ahli keluarganya gugur di medan perang. Bagi anda yang tak pernah tengok salji tu, apa benda pertama anda nak buat apabila dapat pegang salji? Mesti nak main baling-baling salji macam dalam cerita-cerita di televisyen, kan? -CARI |
Foxey replied at 3-9-2018 03:03 PM
niat asal dia baik, cuma kurang periksa je
first kalau jumpa salji macam ni, nak main sledge, ...
matkpop replied at 3-9-2018 04:28 PM
amboi macam2..
ADVERTISEMENT