Sedapnya! Kecur air liur bila sebut ikan tenggiri jeruk. Ia kebiasaannya dimakan dengan nasi putih panas-panas. Anda juga boleh menggunakan Ikan Tenggiri Jeruk untuk masak Nasi Goreng Ikan Masin atau Kailan Ikan Masin.
Lebih bersih dan jimat kalau tahu buat sendiri kan? Nah resepi Ikan Tenggiri Jeruk khas untuk anda! Bahan-bahan: Ikan tenggiri-dibersihkan dan dipotong kecil Cuka makan Garam kasar Asam keeping Minyak masak Cara-cara: 1.Bersihkan ikan tenggiri. Kemudian keringkan di bawah cahaya panas terik matahari selama 2 jam. 2.Ambil ikan dan celupkan dalam bekas berisi cuka. Kemudian letakkan ikan dalam sebuah bekas dan susun dalam 1 lapisan. 3.Taburkan garam kasar di atas ikan hingga rata dan selitkan kepingan asam keping 4.Celup lagi ikan dalam cuka dan susun menjadi lapisan kedua diikuti taburan garam dan asam keeping. Ulang langkah ini sehingga ikan habis. 5.Tutup penutup berisi ikan dan balut dengan kain berwarna gelap. Simpan ia pada suhu bilik selama seminggu. 6.Setelah cukup 7 hari, keluarkan ikan dari bekas dan buang airnya. 7.Letak ikan dalam bekas bersih dan tuang minyak masak. Lagi sedap dan menggiurkan, ikan tenggiri ini boleh digoreng seperti ikan pekasam. Sertakan dengan cili dan bawang dan diberi perahan limau nipis. Nyummmmm! Mesti licin pinggan! Tunggu apa lagi? Jom cuba buat sendiri! -CARI Kredit Resipi: FB Suri Abdullah
|
ADVERTISEMENT