CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Peminat Lauk Kambing Harus Cuba Makan Di Sini, Percayalah!

14-12-2017 10:55 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 7544| Komen: 27|Original author: Oleh: Zailina

Aroma harum Nasi Arab dengan rempah ratus 'Kari Kambing 40 hari' betul-betul menggamit selera! Itu belum lagi merasai kelembutan nasi menggunakan beras Basmathinya dan kelazatan kuah gulainya. Jadi, kalau suka makan gulai kambing, memang tak rugi datang ke sini. 

Restoran ini dibuka bermula jam 7.30 pagi sehingga 3.00 petang. Biasalah, bila sesuatu tempat itu sudah terkenal pasti orang beratur panjang terutama pada musim cuti sekolah atau hujung minggu.

Tapi jangan risau, servisnya memang pantas! Kalau perut tengah bersenandung tu, pasti tak betah kaki ini nak beratur lama sebab gerenti kena telan air liur banyak kali sebelum sampai giliran untuk membuat pesanan. 

Apa yang menarik, geng motosikal juga suka singgah di sini untuk mengisi perut dan melepaskan lelah. This is the place, man!


Beratur, jangan tak beratur bang...


Orang Singapura pun sanggup 'merantau' untuk menjamu selera di sini tau! '40 Hari' menjadi daya tarikan yang tersendiri. 


Masakan kambing diperap selama 40 hari ke tu? 

Menurut Chef Anuar, '40 Hari' mengabadikan detik bersejarah 'watak' keagamaan dan amalan Islam. Chef yang pernah bekerja di hotel terkemuka ini telah berniaga di sini sejak 1997. Jadi, sah-sahlah memang banyak pengalaman beliau.


Salad ala Arab, nasi Arab dan kari kambing 40 hari.

Selain kari kambing, ada ayam yang dimasak dengan nasi. Yang enaknya, nasi dimasak di dapur bersebelahan tempat menghidang. Jadi, dah pasti keharuman nasi menggamit cita rasa teruja. Yang penting, ia panas. Selera pun apa lagi, mencanak naiklah nafsu makan. 

Ada yang kata lauk kari kambing resipi asli Chef Anuar ini kuahnya sedikit manis. Namun bagi penggemar kari kambing, inilah yang keistimewaannya. Tempat lain memang tak jumpa rasa macam ni.



Isi ayam yang empuk, kuah yang harum...

Walaupun restoran sentiasa penuh, tempat duduk pasti ada. Khemah di hujung tempat parkir membuatkan suasana seperti kenduri-kendara. Parkir juga luas walaupun ramai gemar meletak kereta di tepi jalan. Ada pilihan tempat duduk kerusi-meja atau bersila di atas lantai beralas tikar getah. Boleh dikira selesa jugalah dengan keriuhan anak-anak dan orang dewasa berbual riang.


Sajian dulang bagi keluarga besar... memang berbaloi.

Kalau makan sajian dulang pula, anda akan dapat satu jag air sirap. Ia sesuai dimakan 4-5 orang. Nak makan stail 'nasi ambeng' berkongsi dulang pun boleh atau ambil pinggan makan asing-asing. 

Restoran ini mengamalkan konsep 'layan diri'. Pengunjung pun suka-suka nak alihkan meja kalau datang sekeluarga sampai 10 orang. Tak apa, semua senyum gembira sebab makanan di sini sedap belaka.


Peminat tegar lauk kambing, jangan lupa singgah sini.

Meskipun kedudukan restoran 15 minit dari Tol Yong Peng (U) kalau dari utara atau 10 minit dari Tol Ayer Hitam kalau dari arah selatan, ia tetap menjadi pilihan ramai yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan. Singgahlah dan nikmati sendiri keenakannya. Selain nasi, gulai kambing dan ayam terdapat juga snek, jajan buatan tempatan dan pelbagai jenis air panas atau sejuk. Iyalah, boleh juga dibuat mengunyah ketika memandu.

Alamat: Kampung Haji Ghafar, 5 1/2 Mile, Jalan Yong Peng  - CARI
20

Bagus
17

Marah
13

Terkejut
14

Sedih
12

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PersonaGerek 14-12-2017 11:32 AM
xde la power mana pon..level2 lauk kenduri je...xde special....Kalo pergi tgh hari....panas nak mampos....bumbung xde fiber....
Quote mizruncing 14-12-2017 11:50 AM
johor plakkk. jauh nau
Quote CiliPadiSedap 14-12-2017 12:36 PM
PersonaGerek replied at 14-12-2017 11:32 AM
xde la power mana pon..level2 lauk kenduri je...xde special....Kalo pergi tgh hari....panas nak mamp ...

yang paling sedap makan free
Quote Artemesiaa 14-12-2017 12:59 PM
Promote kedai ler ni
Quote Artemesiaa 14-12-2017 01:00 PM
Promote kedai ler ni
Quote Artemesiaa 14-12-2017 01:00 PM
Promote kedai ler ni
Quote Cari-Zai 14-12-2017 01:13 PM
PersonaGerek replied at 14-12-2017 11:32 AM
xde la power mana pon..level2 lauk kenduri je...xde special....Kalo pergi tgh hari....panas nak mamp ...

Ya, selera kita berbeza. Apa yg sedap di tekak kita semua tak sama. Tak apalah panas sekejap sebab layanan cepat. Kalau nak air-cond, tak payah datang sinilah, ya.
Quote Cari-Zai 14-12-2017 01:15 PM

Apa salahnya promote kalau dpt 'bantu' org lain yg suka makan gulai kambing.
Quote suka2 14-12-2017 01:15 PM
Kalau lalu hiway misti nampak kedai ni ramai giler berbas2 parking. Kalau tpt ramai2 nk makan kena tggu meja ni xkuasa la. Yg dah penah gi rekemen ke idok?
Quote Cari-Zai 14-12-2017 01:16 PM

Tak apalah, promote. Mungkin ada org tak tau tempat ni, teringin nak makan nasi Arab dgn ayam dan salad. Boleh singgah Ayer Hitam beli pasu jugak... promote lagi? Oh no!
Quote Cari-Zai 14-12-2017 01:20 PM
suka2 replied at 14-12-2017 01:15 PM
Kalau lalu hiway misti nampak kedai ni ramai giler berbas2 parking. Kalau tpt ramai2 nk makan kena t ...

Cuba usahakan pergi bukan waktu makan tengah hari, ye. Skrg ruang makan dah bertambah, insyaa Allah cukup utk semua. Org pun bukan lepak2 lama mcm gi kenduri. Abis makan diorng blah.
Quote Cari-Zai 14-12-2017 01:22 PM

Kalau kebetulan lalu aje, boleh singgah ...
Quote nuhamo 14-12-2017 01:54 PM
sedap2 ni, kambing sedap. selalu tapau makan kat rumah
Quote samasam90 14-12-2017 02:23 PM
Cari-Zai replied at 14-12-2017 05:13 AM
Ya, selera kita berbeza. Apa yg sedap di tekak kita semua tak sama. Tak apalah panas sekejap sebab ...

butthurt ke dek zai? risau eh payment tak dapat..
Quote zawara 14-12-2017 03:58 PM
lol.. overated.. tak sdp mana pon.. sdp lg aku msk
Quote yangsemb 14-12-2017 04:09 PM
MMmmm looks yummy
Quote tagas 14-12-2017 11:07 PM
Edited by tagas at 14-12-2017 11:10 PM

ade yg mai dr pahang kl etc balik hari

semata2 nak pekena kk40h nih

aku kalo dtg ngan famili mmg

make sure sebelum tenghari

time nasi & lauk tgh panas2

then perut mmg btul2 kosong

kebulur kasi brunch trus

balun jenis yg

dulang tu campur skali ayam+kambing

air sirap free..fuh dia punye nikmat mmg feel

dgn lembut nasi nya tu

PADU BEB!! ala2 pian vitdaily
Quote estrelle 14-12-2017 11:17 PM
Iols kureng suke kambing dia sbb manis sket.suke ayam stim n nasi dia .lembut sgt.40hari tu sebab owner dia ni tabligh.simbolik pergi berdakwah selama 40hari la kononnye.if tak silap.
Quote PersonaGerek 15-12-2017 11:49 AM

makan Free pon bukan sedap mana pon..tgk tukang masak le...kalo ikhlas...sedap le

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.056522 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top