Wah, siapa sangka lelaki botak begitu dihargai dijepun! Pelik, bukan? Kini, lelaki Jepun yang ingin melepaskan penat lelah setelah seharian bekerja mempunyai beberapa tempat unik untuk dituju.
Di negara matahari terbit ini, beberapa hotel menawarkan diskaun kepada pengunjung yang botak selepas tukang cuci merungut apabila mereka perlu mengutip helaian rambut tetamu yang gugur. Memetik The Times, Hotel Tetora yang memiliki 20 cawangan hotel menawarkan 'diskaun botak' iaitu potongan harga sebanyak 300 yen sehingga 500 yen (RM11-RM18) sebagai langkah mengelak gumpalan rambut di lantai mahupun di lubang salur air bilik mandi.
Eew, pernah tak keadaan ini berlaku pada anda? Tengok rambut bergumpal pada sikat pun dah geli, apatah lagi berserak di lantai kan? Di daerah Akasaka pula, terdapat sebuah restoran bernama Otasuke Izakaya khas buat kaum lelaki di Tokyo Jepun. Apa yang menariknya, restoran ini menjadi tumpuan kerana rata-rata tetamunya adalah golongan yang sudah berumur, lapor Suara.com. Pemiliknya, Yoshiko Toyoda sebelum ini memikirkan bagaimana caranya untuk menghargai lelaki di samping meringankan beban mereka. "Suatu hari, saya berjalan di pusat bandar dan melihat lelaki botak. Ketika itulah tercetusnya idea untuk memberi diskaun kepada tetamu lelaki botak. "Masyarakat di Jepun menganggap botak adalah satu isu yang mengaibkan. Berbeza dengan Hollywood, malah beberapa artis bahkah berbangga membawa imej botak mereka. "Saya fikir ia bagus untuk memupuk semangat itu di sini," katanya. Yang uniknya, diskaun diberi mengikut jumlah 'kepala'. Semakin ramai yang datang, semakin banyak diskaun diberi. Jadi, kalau nak dapat diskaun yang banyak, datanglah beramai-ramai. Bagus bukan? Promosi ini adalah tanda penghormatan kepada lelaki yang membanting tulang dalam menyara keluarga. Bagi mereka, botak itu terjadi akibat tekanan kerja. Beruntungnya lelaki di Jepun ni. Golongan wanita tak dapat apa-apa diskaun ke? Eh, untuk wanita pun ada. Sebuah bar bernama My Place di sebuah hotel di Hilton Osaka menawarkan diskaun kepada wanita yang memakai kasut bertumit tinggi. Semakin tinggi tumitnya, semakin banyak diskaun diberi. Banyak budaya menarik di Jepun dan kadang-kadang ianya terlalu unik sehingga kelihatan pelik di mata dunia. Di malaysia, ada tak benda-benda pelik macam ni? - CARI
|
ADVERTISEMENT