Seorang lelaki di Zimbabwe bangga bila dinobatkan sebagai 'Mr Ugly Zimbabwe 2017'. William Masvinu yang berasal dari Epworth menerima anugerah tersebut untuk kali ketiga dan dia yakin keputusan tersebut tidak dapat dipertikaikan lagi.
Daily News melaporkan, Masvinu sangat gembira kerana berjaya merampas kembali gelaran tersebut yang diberikan kepada peserta lain tahun lepas. "Kali terakhir, saya banyak tak puas hati, tetapi kali ini saya bersedia untuk pertandingan ini dan saya gembira dapat merampas semula trofi saya," katanya. "Tiada yang boleh pertikai bahawa saya adalah orang paling buruk di Zimbabwe. Saya kini mahu membawa kehodohan saya ini di luar negara. Jika ada pertandingan Mr Ugly World, saya yakin saya akan membawa mahkota itu ke Zimbabwe."
Masvinu membawa pulang wang tunai AS$500 dan seekor lembu. "Saya akan bekerja keras dari segi penampilan dan cara saya membawa diri, datang tahun depan dan saya akan mengambil alih mahkota itu,"tambahnya. -CARI |
manehnya replied at 8-12-2017 03:01 AM
x hodoh lg tera ni
cer tengok cerita reality kt thailan tu.. apa nama.. "let me in thailand"
vanillaninja replied at 8-12-2017 11:28 AM
Terus I pergi cari on Youtube. Sedih
ADVERTISEMENT