Selepas Ardell Aryana mengambil keputusan untuk berhijrah denagn bertudung, beberapa produksi telah mengambil keputusan untuk menarik balik tawaran berlakon. Walau bagaimanapun, dia tidak tersinggung dengan apa yang berlaku kerana percaya pada rezeki yang akan datang walaupun telah empat kali ditolak tawaran berlakon selepas mengetahui dirinya sudah bertudung. "Mungkin sebab watak yang ditawarkan tidak sesuai. Namun, saya tak rasa sedih atau kecil hati. "Sebab saya percaya ada rezeki yang lain akan datang dan Alhamdulillah, selepas daripada itu, saya ada menerima beberapa tawaran yang lebih baik," kata Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin kepada mStar Online. Niat dia untuk berhijrah telah lama dipendam sehinggalah pada pertengahan bulan September ketika membawa dirinya bercuti ke Pulau Bali, Indonesia. "Saya dah lama simpan hasrat nak berhijrah sejak ulang tahun kelahiran mak saya tahun lalu tapi tidak kesampaian. "Terpaksa ditangguh sebab ada beberapa kontrak drama yang memerlukan saya tidak bertudung. "Alhamdulillah, saya dapat kekuatan ketika bercuti seorang diri di Bali dan sejak itu saya terus bertudung," katanya. Ardell dalam kenyataannya juga berkata dia masih diganggu oleh lesbian dengan menghantar mesej peribadi ke akaun Instagram untuk menjadikannya kekasih. "Biarpun saya dah bertudung pun masih lagi ada orang anggap saya lesbian. Tapi saya padam sahaja mesej tersebut," kata Ardell. Ardell suatu ketika dahulu pernah dianggap menjalinkan hubungan sejenis disebabkan penampilannya yang seperti lelaki dan berambut pendek. Semoga Ardell istiqamah dengan penghijrahan ini. - CARI
|
ADVERTISEMENT