CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mahkamah Tolak Rayuan Shila Amzah Saman Wartawan

8-12-2017 12:02 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 6953| Komen: 29|Original author: Oleh: Suzy

Mahkamah Rayuan menolak rayuan penyanyi Shila Amzah yang menyaman syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) berhubung penyiaran artikel didakwa berunsur fitnah dalam akhbar Kosmo!



Terdahulu, Shila Amzah telah mengemukakan saman melalui Mahkamah Tinggi terhadap seorang wartawan hiburan dan dua pihak lain berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Kosmo! pada 17 September 2014.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Rosnaini Saub menolak saman tersebut selepas menerima pembelaan defendan bahawa artikel yang diterbitkan itu mengandungi ulasan saksama dan tidak berniat jahat. 

Dalam penghakiman Rosnaini yang dibacakan Timbalan Pendaftar Erry Shariman Noor Arifin, mahkamah itu juga mendapati bahawa artikel yang diterbitkan Kosmo! adalah dibuat di bawah perlindungan bersyarat.


Dalam penghakiman setebal 33 muka surat mahkamah itu juga memutuskan bahawa Shila atau sebenarnya Nurshahila Amir Amzah sebagai selebriti perlu terbuka dalam menerima kritikan. 


Mahkamah juga memerintahkan Shila membayar kos sebanyak RM20,000 kepada ketiga-tiga defendan iaitu wartawan hiburan akhbar Kosmo! Maliah Surip,36, pengarang akhbar itu dan penerbit akhbar berkenaan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Shila yang diwakili peguam Mahendra Kumar dan syarikatnya, Shila Amzah Entertainment Berhad selaku plaintif memfailkan saman pada 16 Januari 2015. 

Dalam pernyataan tuntutan, dia mendakwa Maliah telah menulis beberapa artikel yang diterbitkan dalam akhbar Kosmo! antara lain mengaitkan konsert 'Shila Amzah-Love Live in Malaysia' di Mega Star Arena di sini pada 13 September 2014 ditaja oleh syarikat judi terbesar di negara ini dan beliau juga dikatakan memperlekehkan media Melayu.


Dakwanya, artikel itu ditulis berikutan terdapat satu status yang dimuat naik dalam laman web Instagram menggunakan nama akaun 'Shilaamzah_photography' pada 15 September 2014, yang secara amnya memuji pihak media khususnya media berbahasa Cina kerana membuat liputan meluas berkenaan konsert itu.

Penyanyi itu mendakwa dia tidak mengetahui pemilik akaun Instagram itu dan pemilik akaun Instagram berkenaan tiada kaitan syarikatnya, Shila Amzah Entertainment.

Dia berkata konsert itu dianjurkan bersama pihak Mega Ultimate Sdn Bhd dan tidak pernah wujud apa-apa tajaan wang daripada "syarikat perjudian nombor satu Malaysia" seperti yang dinyatakan dalam aktikel berkenaan.

Plaintif mendakwa artikel itu yang ditulis wartawan berkenaan membawa maksud bahawa dia seorang yang tidak bermoral kerana sanggup mengetepikan kepercayaan agama serta budaya untuk mendapat tajaan wang yang tidak halal untuk menjayakan konsertnya, bersifat rasis dan tidak sensitif kepada bangsa sendiri iaitu bangsa Melayu. 

Kedua-dua plaintif juga memohon ganti rugi am, tambahan, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Namun Shila Amzah kalah dalam tuntutan saman tersebut. Setelah itu, Shila Amzah mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan namun, keputusan sebulat suara yang dicapai oleh panel tiga hakim di Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk David Wong Dak Wah yang bersidang bersama Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim menolak rayuan tersebut. 

Mahkamah Rayuan juga memerintahkan Shila dan syarikatnya, Shila Amzah Entertainment Bhd. membayar kos RM20,000 kepada setiap responden. Secara keseluruhannya, panel tersebut berpuas hati bahawa Mahkamah Tinggi betul ketika mencapai dapatannya sewaktu menolak tuntutan saman yang difailkan Shila terdahulu. 
2

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
11

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizkajura 8-12-2017 12:43 PM
Ok dah muktamad. Sila move on syilalat{:nose
Quote alieyrina 8-12-2017 02:02 PM
20k mcm 20 hengget ja bagi dia..laki dia kan finance2 apa kt london lg..curlass sgt..tp dia paham x perintah mahkamah ni..kang x paham malay pulak
Quote Budakmomok 8-12-2017 02:10 PM
shila kalo x puas hati merayula lagi.
Quote BoongaKertas 8-12-2017 03:03 PM
Dalam penghakiman Rosnaini yang dibacakan Timbalan Pendaftar Erry Shariman Noor Arifin, mahkamah itu juga mendapati bahawa artikel yang diterbitkan Kosmo! adalah dibuat di bawah perlindungan bersyarat.


Dalam penghakiman setebal 33 muka surat mahkamah itu juga memutuskan bahawa Shila atau sebenarnya Nurshahila Amir Amzah sebagai selebriti perlu terbuka dalam menerima kritikan.



meols tertarik dgn ayat2 di atas ni. Aiseh! kita boleh ke nak dapatkan ulasan mahkamah setebal 33 muka surat tu eh? iols serius nak tahu ape yg terjadi sbb tgk gaya shila mcm dia begitu yakin dia benar.
Quote tatayoung 8-12-2017 04:04 PM
mcm bodoh je shilalat puiikk ni..... ahahhahahahaha..
dari dulu smpai skrg bodoh tak hilang2
Quote tombolpintu 8-12-2017 05:51 PM
BoongaKertas replied at 8-12-2017 03:03 PM
Dalam penghakiman Rosnaini yang dibacakan Timbalan Pendaftar Erry Shariman Noor Arifin, mahkamah itu ...

penghakiman 33 pages tu boleh je dapat...tunggu dorang upload kat dalam mana2 cases database. tapi bukan immediately la.
aku pun dah carik tak jumpa. sebab baru decision nya kan
Quote pakwetizzaqyah 8-12-2017 06:43 PM
tombolpintu replied at 8-12-2017 05:51 PM
penghakiman 33 pages tu boleh je dapat...tunggu dorang upload kat dalam mana2 cases database. tapi ...

konfirm mamat or minah or tuuuuuuuut ni loyer.. hahahahahaha
Quote cikmanggabatu 8-12-2017 06:46 PM
Kesian shilalat terpaksa membayor la ya...tahniah maliah surip merangkap bff sam oh pulangkan
Quote tombolpintu 8-12-2017 06:48 PM
pakwetizzaqyah replied at 8-12-2017 06:43 PM
konfirm mamat or minah or tuuuuuuuut ni loyer.. hahahahahaha

Hahhaha....kalau bukan loyer pun boleh je jumpa..nama pun public document. Kadang google pun jumpa aja
Quote pakwetizzaqyah 8-12-2017 06:50 PM
tombolpintu replied at 8-12-2017 06:48 PM
Hahhaha....kalau bukan loyer pun boleh je jumpa..nama pun public document. Kadang google pun jumpa ...

oh...bukan apa..sebut database tu teringat kawan baik aku lexis binti nexis.. hahahahaha

mana la tau..akak2 mahkamah pun melayan forum ni...hahahahhaa
Quote katibism 8-12-2017 06:51 PM
pakwetizzaqyah replied at 8-12-2017 06:43 PM
konfirm mamat or minah or tuuuuuuuut ni loyer.. hahahahahaha

Apa cer kisah terbongkar ke mana hilangnya Nek nita sarawak.. forumer tu lawyer juga yg bongkar kot.. sbb libatkn aset. Cayalaah..forumer Cari bnyk juga yg professional.. ada lawyer.. doktor dan juga janitor FMC @sepitsiput
Quote meteorspeed 8-12-2017 06:51 PM
rasain la shila..sikit sikit nak saman..amek ko alih alih ko lak yg kena bayar...gigih tak leh dikritik..
Quote BoongaKertas 8-12-2017 07:17 PM
tombolpintu replied at 8-12-2017 05:51 PM
penghakiman 33 pages tu boleh je dapat...tunggu dorang upload kat dalam mana2 cases database. tapi ...

Ada access ke tu chuols? Mksudnya org awam boleh baca ke?
Quote BoongaKertas 8-12-2017 07:17 PM
pakwetizzaqyah replied at 8-12-2017 06:50 PM
oh...bukan apa..sebut database tu teringat kawan baik aku lexis binti nexis.. hahahahaha

mana l ...

Hahaha! Iols pernah dgr words tu. Chuols lawyer ke weh?
Quote tombolpintu 8-12-2017 07:29 PM
BoongaKertas replied at 8-12-2017 07:17 PM
Ada access ke tu chuols? Mksudnya org awam boleh baca ke?

Kadang ada...cuba pegi website kehakiman.gov.my dan carik alasan penghakiman. Ni utk public la.

Utk lexis binti nexis dan sewaktu dgnnya mcm clj tu kena subscribe.
Tapi clj ada juga subscription utk sejam. Tapi aku tak pernah cuba lagi
Quote tembikai 8-12-2017 07:49 PM
tak pa la shila....sabaq
Quote Qnqn 8-12-2017 09:01 PM
Hadap je la shila oii banyak duit kann bayor jelaa
Quote borrow 8-12-2017 09:24 PM
Abih Lebur 20k . trobek tulisan reputz.

“Sebenarnya, kami memahami faktor mengapa media Melayu barangkali tidak dijemput kerana difahamkan ia mendapat tajaan daripada syarikat judi nombor satu negara yang memahami syarat bahawa media Melayu perlu ditapis sensitivitinya”

“Jadi mengapa tidak Shila pandang positif tentang ketidakhadiran media Melayu membuat liputan konsert tersebut?” tulis wartawan Kosmo! hari ini.

https://www.rotikaya.com/dapat-t ... emput-media-melayu/


Quote BoongaKertas 11-12-2017 07:47 AM
tombolpintu replied at 8-12-2017 07:29 PM
Kadang ada...cuba pegi website kehakiman.gov.my dan carik alasan penghakiman. Ni utk public la.

...

Thanks chuols

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.058204 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top