CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Antara Konsep Zuhud Dan Kewangan Peribadi, Ramai Yang Salah Faham

7-12-2017 11:32 PM| Diterbitkan: Cari-Ghafar| Dilihat: 2700| Komen: 1|Original author: Oleh: Ghafar Nawi

Description: Seseorang individu yang mempunyai perbelanjaan yang minima dan simpanan yang banyak sebenarnya bukanlah orang yang zuhud sebenar-benarnya. Jika terdapat orang yang sedemikian menjadi rasionalisasi kep ...

Sumber: muslimah.or.id

Seseorang individu yang mempunyai perbelanjaan yang minima dan simpanan yang banyak sebenarnya bukanlah orang yang zuhud sebenar-benarnya.


Jika terdapat orang yang sedemikian menjadi rasionalisasi kepada setiap tindak tanduk kewangan peribadi beliau, orang sebegini kita boleh gelarkan sebagai penyimpan atau penjimat dan bukannya zuhud. Jadi, apakah zuhud dan kaitannya dengan kewangan peribadi?


Zuhud adalah sifat hati yang seua orang boleh miliki dalam pelbagai keadaan kewangan sekalipun. Ianya tidak bergantung kepada status simpanan, pendapatan atau perbelanjaan individu. 


Maknanya kat sini, Zuhud adalah urusan hati. Hati disini bermaksid, hati yang tidak diterajui dan dikudakan dunia. Mereka tidak sedih jika ke hilangan barang materialistik dan juga tidak terlalu gembira jika mendapatkannya. Jadi hatinya diarahkan 100% pada ukhrawi dan bukan pada duniawi, begitu?


Tidak juga. Ianya bukan 100% kepada ukhrawi sehinggakan pelbagai urusan duniawi dilupakan. Ukhrawi dan duniawi perlu bergerak seiring dan tidak boleh lebih antara satu dengan yang lain. Fungsi kita sebagai khalifah Allah perlu melaksanakan tanggungjawab memakmurkan bumi Allah ini, jadi fokus kita tidak boleh ukhrawi sahaja.


Allah berfirman dalam Al-Quran bermaksud,

"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kami, dan tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu." (Al-haddid:23)


Ianya diulas oleh Imam Ali bin Abi Tholib dalam Nahjul Balaghah:

"Keseluruhan zuhud ada pada dua kata dari Al-Quran, Iaitu ketika Allah berfirman,

"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kami, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.-

Maka barangsiapa yang tidak menyesal atas apa yang hilang darinya dan tidak terlalu gembira dengan apa yang telah didapatkannya maka dia telah menguasai kezuhudan dari kedua sisinya."

Sumber: wafyaddinsipejuang.blogspot.my

Konsep zuhud yang sebenarnya bukan bergantung kepada pendapatan yang tinggi, penjimatan dalam berbelanja atau simpanan yang tinggi. Jangan pula kita selepas ini menyalah anggap mereka yang selalu berjimat cermat ini golongan zuhud. Sesiapa sahaja boleh menjadi zuhud selagi dia mengimbangi urusan ukhrawi dan duniawi dengan baik.


"Tak beli kereta kenapa bang," tanya Hamid. Karim membalas, "Zuhud bang,"


Jangan kita menyalahkan konsep zuhud tersebut hanya kerana kereta. Kereta bukan lambang ke-zuhudan kita, tapi keperluan. Belinya mengikut keperluan dan bukan kerana untuk bermegah-megah, riak dan ujub. Fokuskan hati kita untuk tenang dengan urusan dunia dan tidak bersedih atau menyesali apa yang kita hilang darinya.

Kalau kita dapat menguruskan kewangan peribadi dengan lebih baik, insyaAllah akan buat kita lebih zuhud kelak.

Tak begitu? -CARI

5

Bagus
10

Marah
15

Terkejut
8

Sedih
14

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jorja 8-12-2017 11:18 AM
Try amalkan selalu solat sunat dua rakaat sebelum buat sembahyng subuh tu insyaAllah akan tak kisah sgt pasal dunia..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.042846 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top