CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Menyampah Dengar Bunyi Mengunyah Dikaitkan Dengan Genius, Biar Betul?

7-12-2017 01:11 PM| Diterbitkan: Cari-Has| Dilihat: 8413| Komen: 28|Original author: Oleh: Has

Slurrrrppppp! Krupppp! Arghh, tak tahan dengan bunyinya yang membingitkan telinga. 



Telinga anda berdesing setiap kali mendengarbunyi orang sedang mengunyah sesuatu? Jika ya, anda mungkin salah seorang penghidap misophonia atau sindrom sensitif kepada bunyi tertentu.

 

Foto: Satu harapan
Dipetik dari Wikipedia, misophonia adalah sejenis keadaan dimana emosi, pemikiran dan tindak balas yang negatif disebabkan oleh bunyi sesuatu. 

Menurut Era.fm, Misophonia juga terjadi kepada mereka yang sensitif terhadap bunyi kecil seperti yang terhasil ketika makan, menguap, bernafas, mengunyah atau bersiul.


Foto: PopKey

Penyakit ini juga disebut kebencian terhadap bunyi-bunyi yang tertentu yang membuatkan saraf mereka menjadi sensitif terhadap bunyi tertentu.

Diambil dari psikologi islam pula, kesannya tidak boleh diambil mudah ya, teman-teman! Seperti Meredith Rosol, 25, katanya; “Saya belum pernah makan dengan orang tua saya tanpa penyumbat telinga selama lebih satu dekad."

Ini kerana Meredith yang juga seorang guru telah diagnosis mengidap misohonia sejak dua tahun lalu. Sukar sekali untuk anda percaya, bukan?


Foto : Kick news

Anda juga akan merasa panik, tidak tenang, takut, dan gemuruh. Rasa seperti ada sahaja yang tak kena. Macam tu sekali kesannya, ya? 


Apa itu Misophonia?

Sehingga kini, masih belum ada penjelasan mengapa penyakit ini boleh berlaku kepada seseorang dan kajian masih dijalankan penyelidik. Begitu juga dengan penawarnya.


Foto: Misophonia International

Aik, genius dan Misophonia ada kaitan?



Menurut kajian Universiti Northwestern, mereka yang menghidap misophonia mempunyai level kreativiti yang tinggi dan lebih bijak berbanding orang lain. 

Jangan risau ya! Hanya 20 peratus sahaja penduduk di dunia yang mengidap penyakit ini. - CARI

6

Bagus
18

Marah
7

Terkejut
10

Sedih
12

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meisapoya 7-12-2017 01:37 PM
Haha ye ke. I x boleh dgr bunyi org mengunyah. Rase nk angkat kaki mase tu jgk
Quote Artemesiaa 7-12-2017 01:46 PM
Ooo kesahnya
Quote CardiGans85 7-12-2017 01:47 PM
Sy x bole dgr org mkn pop corn time tgk movie. Respect org lain der..ke hakak je yg sorg annoying
Quote seri_mawr 7-12-2017 02:19 PM
meisapoya replied at 7-12-2017 01:37 PM
Haha ye ke. I x boleh dgr bunyi org mengunyah. Rase nk angkat kaki mase tu jgk

hahhaha...kita serupa...

makan berbunyik....mmg pantang aku kahkahkah..


Quote mizkajura 7-12-2017 03:22 PM
Makan bunyik mcm vavi. Dlm Islam kena makan sopan... Tanpa bunyi, jgn dok borak klu mulut penuh
Quote whitelily97 7-12-2017 03:30 PM
Rase geli bile tgk orang tu makan berbunyi
Quote carlalily 7-12-2017 05:23 PM
makan ok lagi, tapi bila org tu bunyi slurpppp slurrppp yg hirup air tu...aduh...taktau kenapa rasa annoying
Quote pakwetizzaqyah 7-12-2017 05:38 PM
setahu aku ada jenis manusia yang kalau orang lain bising dia marah..tapi dia bising orang lain tak leh marah sbb taraf dia ahli syurga...

de fffff puak2 ni
Quote AnggunSophea 7-12-2017 06:01 PM
Ingatkan aku je bermasalah. Rupanya ada 20% lagi geng aku dalam dunia ni.
Quote Jorja 7-12-2017 10:27 PM
Tapi kalau kt Japan kena bunyi slurrp bila minum sup
Quote haryatie 8-12-2017 10:17 AM
x suka la dengar segala bunyi tu..
mcm x sopan jerk..
rsa mcam org kebulur pun ada..
Quote ckenj 8-12-2017 12:06 PM
Owhh...giteww...
Quote faraway1 8-12-2017 12:19 PM
Edited by faraway1 at 7-12-2017 11:20 PM
Jorja replied at 7-12-2017 09:27 AM
Tapi kalau kt Japan kena bunyi slurrp bila minum sup

my bestfriend japanese, tak pernah lagi dengar
dia minum soup berbunyi, sopan aje dia makan...
even anak anak dia.

tapi ada kenal sorang lagi japanese,
kalau makan ramen dengan dia, memang surp panjang,
dia siap bagi warning dulu untuk tak terkejut dengar surppp pepanjang tu...
Quote zorrro_03 8-12-2017 02:43 PM
Betul kot dapatan ni...
Quote pinggan 8-12-2017 02:59 PM
Eee.. Mmg pantang betul org mengunyah yg berbunyi2 ni... Iols panggil makan bunyi chap chap chap. Annoying habis. Macam boleh ajak gaduh kalau dengar ....

Lagi satu bunyi kruk kruk berlaga gigi mcm tu. Xreti nak explain mcm mana. Penah jumpa ada org ni mcm habit dia la. Suka laga2 gigi ...
Rasa ngilu n rasa geram la.. Haih
Quote fly_in_d_sky 8-12-2017 04:27 PM
tak suka dengar orang makan macam takde gigi ...
apa hal lah .. cuba tutup mulut masa makan boleh tak ..?

lagi satu bunyi sudu garpu laga ... aaaa rasa nak tumbuk je
and bunyi sudu or gapu laga dengan gigi masa suap ...
hahaha ... rasa nak tumbuk juga ..
ngilu ngilu ...
Quote izzat1987 10-12-2017 12:27 PM
mizkajura: Makan bunyik mcm vavi. Dlm Islam kena makan sopan... Tanpa bunyi, jgn dok borak klu mulut penuh


Islam tak larang pun makan berbunyi. Islam tak bagi makan dengan cara tak senonoh dan sambil bercakap sebab boleh tersedak. Islam itu mudah takde sampai nak mendera umat islam sampai nak makan tak boleh ada bunyi langsung hahah lawak la ko ni.{:give
Quote yayangmama 10-12-2017 03:57 PM
dari kecik abah dah didik

kalau makan bunyi chap chap tu tak boleh makan semeja

dpt suami camtu jgk...anak 3 org semua ok...

tp bila anak kecik ni da 3ys, tp payah nya lah nak didik makan xbunyi huhuhu
Quote yangsemb 10-12-2017 04:36 PM
Ooo...first time mak dengar psal ni...good sharing

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.079747 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top