Uishhh, biar betul daun pandan boleh buat kita jadi kurus? Dah la mudah didapati, percuma pula tu kalau ditanam sendiri. Memetik manfaat.co.id, daun pandan menghasilkan bau harum terutama di saat ia melayu.
Selain sinonim dengan masakan dan menjadikan makanan lebih harum, ia juga menjadi keperluan bagi isi rumah. Daun pandan boleh dijadikan bahan masakan, buat kek, dijadikan perhiasan, serta bahan semula jadi untuk kesihatan dan kecantikan. Eh, banyak lah yang boleh dibuat dengan daun pandan ni! Pasti anda tertanya-tanya bolehkah menjadi kurus dengan hanya menggunakan daun pandan? Jawapannya adalah YA! Tapi, macam mana nak kurus dengan menggunakan daun pandan? Jom semak caranya seperti dipetik dari buzzthebees. Dalam masa dua minggu sahaja anda akan nampak kesannya. I. Cuci beberapa helai daun pandan hingga bersih II. Kemudian, rebus daun tadi bersama 3 gelas air. Rebus sehingga air menjadi segelas ya! III. Selepas itu, tapis air berkenaan menggunakan penapis IV. Sedia diminum! (amalkan 2 kali sehari) Bukan sekadar untuk kurus ya, sahabat. Badan anda juga akan mengeluarkan aroma yang wangi selepas meminum air daun pandan ini. Cara ini banyak digunakan di Hong Kong bagi wanita yang menginginkan tubuh yang langsing. Selamat mencuba ya! - CARI
|
5
Bagus |
1
Marah |
9
Terkejut |
3
Sedih |
2
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
iraizz replied at 15-12-2017 06:48 PM
Terus suruh anak cabut beberapa helai daun pandan kat luar...basuh-basuh dan tengah rebus kat atas d ...
pavlovachoc replied at 18-12-2017 05:21 PM
ape rasenya sis ... sedap x
ADVERTISEMENT