|
Semata-mata nak menawan hati teman lelakinya, seorang wanita dari Hong Kong sanggup menjalani lebih dari 30 kali pembedahan plastik. Dia melakukannya sejak umur 17 tahun demi untuk kelihatan seperti supermodel barat namun kini menyesali tindakannya itu.
Menurut laporan China Press, Berry Ng mula ketagih dengan pembedahan plastik bila dia ada pusat kecantikan yang menawarkan pakej pada pelajar dengan harga serendah HKD799 (RM415) untuk tiga suntikan. Namun, pekerja pusat rawatan terbabit berjaya memujuknya untuk membeli pakej yang lebih mahal berharga HKD17,000 (RM8,847). Bertambah buruk lagi bila dia jatuh cinta dengan lelaki yang lebih tua sembilan tahun darinya. Sumber mengatakan pasangannya gemar menghina wajahnya dan suka membanding-bandingkan dengan wanita lain. Disebabkan itulah Berry mengambil keputusan untuk menjalani berpuluh-puluh kali pembedahan plastik. Ia termasuk pembedahan kelopak mata, hidung, suntikan di dahi agar nampak lebih bulat, suntikan bibir, pipi dan juga dagu. "Jika teman lelaki katakan saya cantik walaupun sekali, baru saya akan berhenti." -CARI
|

~anya~ replied at 6-12-2017 07:10 PM
Ummah mata sepet ini memang mudah2 saja ditipu... makcik tengok documentary berjudul 'botched beauty ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.224113 second(s), 53 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.