Perfume atau minyak wangi antara barang wajib serta perlu untuk setiap orang bukan? Malah, setiap orang pasti mempunyai pelbagai jenis perfume mengikut mood, perasaan ataupun citarasa. Bagi penggemar perfume, untuk dibuat koleksi anda perlu tahu apa tanda-tanda perfume anda telah rosak. Tapi perlu diingat ya! Ia juga bergantung kepada cara anda menyimpannya. 1. Cahaya, cuaca dan suhu adalah musuh utama perfume! Memetik Vemale, jika anda menyimpan perfume anda ditempat yang selamat dari 3 musuh tadi, syabas! Perlu anda tahu kebanyakkan perfume hanya dapat bertahan selama 3 hingga 5 tahun sahaja.
Tapi ladies jika anda sudah pun menyimpan perfume anda ditempat yang selamat iaitu berjauhan dengan cahaya matahari, radiasi dan juga panas seperti di dalam laci almari, maka berkemungkinan tinggi perfume anda boleh digunakan untuk satu tempoh yang lebih lama. Menurut pengkaji perfume, wangian perfume anda mempunyai sifat persis minuman anggur. Kurang jelas? Begini, persamaan di antara keduanya ialah semakin lama ia disimpan maka semakin berkualiti produk tersebut. Foto : lelong 2. Cuba hidu, adakah aroma perfume anda berubah? Ladies! Tanda-tanda perfume rosak juga boleh dilihat dari segi warna dan baunya. Jika perfume anda kurang sedap baunya atau berbeza dari bau asal, itu bermakna perfume anda sudah rosak. Foto : Fitrihadi 3. Apakah warna perfume anda sekarang? Dari segi warna pula, jika ia berubah makin gelap, itu tandanya perfume anda telah pun rosak. Sudah jelas ya ladies? Jika anda mengalami tanda berikut, maka segeralah buang perfume anda daripada anda mendapat kesannya di kemudian hari. - CARI |
5
Bagus |
13
Marah |
15
Terkejut |
6
Sedih |
12
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
salmon-suki: First time taw perfume pun boleh rosak..salunye x sempat rosak sbb 2,3bulan dah habis guna..hehe{:smile
ADVERTISEMENT