|
Tergamak seorang lelaki cuba merogol sepupu kepada isterinya sendiri ketika mangsa berkunjung ke rumahnya. Menurut Harian Metro, kejadian berlaku ketika mangsa yang baru berusia 22 tahun itu datang ke Ampang dan menginap di rumah suspek.
Sumber polis berkata, mangsa yang berasal dari Gurun datang ke ibu kota berikutan cuti hujung minggu selain mahu membeli beberapa barang keperluan. Ketika isteri suspek keluar bekerja, lelaki berkenaan masuk ke bilik mangsa sebelum cuba meraba dan menciumnya. "Difahamkan suspek yang tidak bekerja sebelum itu pernah menghantar pesanan ringkas kepada mangsa selain mengajak mangsa melakukan hubungan seks.
“Mangsa tidak membalas pesanan ringkas itu menyebabkan suspek terus masuk ke biliknya dan cuba memperkosa mangsa,” katanya. Tambah sumber lagi, mangsa meronta sbelum berjaya melarikan diri. Laporan telah dibuat di Balai Polis Pandan Perdana untuk tindakan susulan. -CARI |


takayama replied at 6-12-2017 09:39 AM
ehhhh org x layan dia plk nk terkam
sian kat bini yg gie cari rezeki utk family tp laki cam haremja ...

jazaa100 replied at 6-12-2017 10:02 AM
Asal berlaki.....
Dah lah tanggung bewak.....
tanakkampung1x replied at 6-12-2017 10:26 AM
Yg saya faham dia hantar mesej tu masa si mangsa dah sampai rumah dalam bilik sebelah.
Bukan sebe ...
prettyuglybabe replied at 6-12-2017 10:11 AM
sapa suruh menumpang rumah orang.. hotel budget berlambak kat kl ni..
yang si bini pulak boleh ko t ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.100948 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.