CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Maaf Bang, Bakal Suami Mati. Batal Tempahan Kek Boleh?"

6-12-2017 11:50 AM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 7073| Komen: 39|Original author: Oleh: Ain

Setiap peniaga pasti mengalami pelbagai dugaan ketika berurusan dengan pelanggan mereka.

Isu membatalkan tempahan di saat terakhir adalah sesuatu yang tak dapat dielakkan. Marah, memang marah tapi apa boleh buat? Hadapi sahajalah dengan tabah.



Semalam, Isaac Olswen meluahkan rasa kesalnya terhadap seorang pelanggan yang memberi alasan tak masuk akal untuk membatalkan tempahan kek perkahwinannya.


Foto: Brides.com

"Tak jadi beli kek cakap je takpe. Abang tak marah pun, ni sampai menipu cakap bakal suami mati tak jadi kahwin," tulisnya.

Alamak, cik kak nak menipu pun beragaklah. Tak pasal-pasal kantoi temberang apabila menempah kek lain dengan kawan Isaac sendiri.



Isaac mengambil kesempatan itu untuk mengingatkan orang lain supaya tidak membatalkan tempahan di saat akhir pada masa akan datang.

Geram, memang geram dengan bakal pengantin terbabit! Tetapi, netizen turut terhibur dengan 'sesi luahan hati' Isaac itu.






Foto: FB Isaac Olswen

Aduh, nak terkencing pula tahan ketawa ni! - CARI
2

Bagus
7

Marah
10

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 6-12-2017 12:07 PM
iols minat nak tahu sapekah yg kematian bakal tok laki tu?

apekah perasaan di penempah kek? kenapa dia nk cancel, ade dgr benda tak elok ke psl abg buat kek tu hingga buat2 cerita mcm ni? adekah dia akan mrh n mengamuk bila tahu kek tu di pass kepada org lain dan bukan kpd pembuat kek yg dia nak?
Quote kechikchomel 6-12-2017 12:08 PM
amboiii kak...mati betul2 kang?
Quote akuMNdia 6-12-2017 12:14 PM
bakal laki kantoi mencurang barangkali terus dikata dah mati sbb sakit ati.
Quote lumie 6-12-2017 12:16 PM
Hahahahh.. Mcmni pun adaaaaa. KB tu kecik je... Memalukan tol.. Hahahah
Quote Artemesiaa 6-12-2017 12:17 PM
Betul kalau tak nak cakap je ler nak cancel awal2 tak perlu reka alasan pun.  Peniaga ni kadang kenal je satu sama lain kalau katoi cam dalam kes ni sendiri juga yang malu
Quote prettyuglybabe 6-12-2017 12:29 PM
mungkin buyer tak nak seller ni kecik hati kot..
tengok dia punya luahan pun boleh tau jenis sentap macam mana..
ujung-ujung sendiri mengaku jenis lambat balas whatsap..
orang tu nak tempah kek kawin kot..
mau tak berderau perangai seller lambat reply..
mesti la dia fikir seller macam tak serious..
kang tiba hari kawin, baru nak reply kek tak siap..
baik dia cancel dari proceed and tunggu dengan hati berdebar..
cuma alasan tu memang berani mati la
Quote damian_lee 6-12-2017 12:41 PM
Bangangnya alasann ko dikkk
....
Kalau x mati
Xpasal2 mati pucuk

Mati la ko mmendam rasa
Quote moonbug 6-12-2017 12:50 PM
akuMNdia: bakal laki kantoi mencurang barangkali terus dikata dah mati sbb sakit ati.


Tp dia order kek tu dgn baker lain. So mmg jadi la kawin. Tu yg kantoi big time
Quote moonbug 6-12-2017 12:52 PM
chinta89: iols minat nak tahu sapekah yg kematian bakal tok laki tu?apekah perasaan di penempah kek? kenapa dia nk cancel, ade dgr benda tak elok ke psl abg bua ...


Last minute dpt quotation harga lagi murah dgn second baker tu kot. Ada kenalan i pernah encounter benda ni. Cancel last minute sbb baker lain quote harga murah by RM50
Quote moonbug 6-12-2017 12:53 PM
Tertarik dgn term "tumbuk sambal" hmm
Quote whadda 6-12-2017 01:01 PM
meninggal pon buat main2
Quote stadlearnt 6-12-2017 01:06 PM
hahaaaaa......
Quote haryatie 6-12-2017 01:06 PM
hidup mati pun buat main2..
kang mati2 betul...padan muka...meroyan x dapekk..
Quote deekhan 6-12-2017 01:16 PM
mcm tu pn ade
Quote merrissa 6-12-2017 01:16 PM
cantik gak kek si isaac tuh....
Quote AmandaRollins 6-12-2017 01:28 PM
Feeling nye ummah serambi kelate ni nk nama mat saleh..isaac olwsen
Mula2 baca ingtkn kejadian kt uk or us
Quote AnggunSophea 6-12-2017 02:29 PM
Logik tak kalau iols kata ada yang suggest kat dia alasan macam tu? Sebab iols cancelled tunang haritu pun jenuh fikir nak bagi alasan apa kat org yang deco pelamin. Benda2 lain semua booked dgn member sendiri, so diorang memang faham iols betul2 tak jadi bertunang. Tapi member iols MUA suggest iols bagi alasan "mekap tak sama dengan pelamin". Entah apa kaitan iols pun tak paham.

3hari iols iklankan kat IG kalau ada yg nak ganti pakai pelamin tu. Sebab iols dah booked kesian kat sis tu iols lock tarikh dia alih2 tak jadi. Alih2 iols berterus terang jelah even alasan iols tu memang mainstream gila. Mujur dia ok dan faham. Just burn deposit je. Siap doakan iols jumpa jua jodoh yg sesuai. Gituu
Quote jane_hopper 6-12-2017 04:06 PM
Gila la alasan, mcm2 perangai cust ni, btw bakers ni mmg well known kat group MAHN tu kan? Mmg itu nama ori die ke apa? Mcm poyo jer kalo pure melayu tp gedik pkai nick name ala2 mat saleh, ieuww
Quote ckenj 6-12-2017 05:13 PM
pelik2 org skrgg nih..haishh

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.054809 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top