CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenapa Ramai Jatuh Sakit Pada Musim Hujan? Awasi 6 Jenis Penyakit Ini..

19-12-2017 10:07 AM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 2874| Komen: 6|Original author: Oleh: Faizal

Musim hujan terjadinya perubahan suhu dan kelembapan pada persekitaran kita. 

Perubahan persekitaran ini mampu meningkatkan lagi pembiakan dan penyebaran kuman dan juga bakteria-bakteria yang mampu menyebarkan penyakit kepada kita.




Sebagai langkah berjaga-jaga, semasa musim hujan hendaklah kita sentiasa menjaga kebersihan persekitaran dan diri dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan anda dijangkiti bakteria-bakteria berbahaya seterusnya mengundang penyakit pada diri anda.

Berikut adalah 6 penyakit yang mudah menyerang ketika musim hujan

1. Diarrhea



Diarrhea adalah penyakit yang kerap menyerang ketika musim hujan. Penyakit ini biasanya disebabkan oleh bakteria seperti e.coli, salmonella, shigella dan cholera. 

Mungkin anda dengan tidak sengaja memakan makanan yang telah tercemar dengan bakteria-bakteria tadi.  Antara tanda-tanda anda diserang diarrhea ialah anda kerap membuang air besar berbanding kebiasaannya dan perkara ini berlaku sehingga beberapa hari dan minggu.

2. Selesema



Selesema biasanya disebabkan oleh virus influenza A, B, atau C. Virus ini akan menyerang pernafasan dan akan menyebabkan gejala seperti demam, batuk dan pening kepala. 

Walaupun ada yang menganggap penyakit ini biasa terjadi, sekiranya tidak dikawal, ia boleh menyebab kepada penyakit lebih serius seperti Pneumonia.

3. Demam Malaria



Penyakit ini disebabkan oleh virus yang dibawa oleh nyamuk. Ketika musim hujan, pembiakan nyamuk meningkat. Jadi, kebarangkalian untuk anda terkena penyakit malaria adalah tinggi. 

Jika demam ini dibiarkan, ia akan menyebabkan kematian.

4.  Demam Thypoid

Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi yang masuk ke dalam tubuh kita melalui mulut. Kemudian bergerak ke esophagus, perut, usus kecil dan usus besar. 

Penyakit ini menyebabkan demam panas yang sangat tinggi. Jika dibiarkan, akan menyebabakan kematian.

5. Leptospirosis

Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Leptospira sp yang menyebar melalui kencing tikus. Penyakit ini akan menyebabkan kulit menjadi kekuningan dan mengering. Kebiasaannya penyakit ini diiringi bersama dengan diarrhea dan juga sembelit. 

Ketika musim hujan, air kencing tikus tersebar melalui air hujan yang masuk ke dalam tubuh anda.

6. Penyakit kulit

Bakteria yang tersebar ketika musim hujan akan menyerang kulit dan akan menyebabkan kegatalan. Jika anda terkena gatal-gatal pada kulit, cepat ubati dengan ubat yang mampu mengatasi kegatalan kulit ataupun minta pendapat doktor untuk mencari ubat. 

Selalulah mencuci tangan ataupun mandi agar badan anda terhindar dari sebarang bakteria JAHAT. - CARI 

3

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
10

Sedih
12

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jorja 19-12-2017 10:16 AM
Siapa yg tengah sakit no 2 tu please lah pakai mask mulut tu..ini tak dah lah duduk sebelah orang selamba aja uhuk uhuk buka mulut. Bad manners
Quote alesandra 19-12-2017 11:20 AM
aku no6 senang alegik kalau hujan atau sejuk2..org melayu kata bengkak gegata
Quote Artemesiaa 19-12-2017 12:36 PM
Betul tu kalau ada yang batuk selsema nak ke pejabat juga elok pakai mask supaya tak berjangkit pada rakan sekerja yang lanin
Quote Cari-Faizal 20-12-2017 02:04 PM
Keep your higenity ok!
Quote SOFIA2017 21-12-2017 08:15 PM
member aku selalu kene selesema...lap hingus pastu x reti nak cuci tangan..
pengotor giler
Quote zakiahmahadi 29-12-2017 02:20 PM
Jom sama2 jg kesihatan

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.080789 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top