“Alhamdulillah, selepas empat hari tayangan, filem Pinjamkan Hatiku meraih kutipan RM1 juta. Namun begitu, di sebalik sambutan yang hangat, filem ini tetap menjadi mangsa cetak rompak."
Itulah yang dikatakan oleh penerbit eksekutif filem Pinjamkan Hatiku, Datuk Saiful Safwan Mohamed Ghazi. Pertamanya, tahniah kerana filem yang membariskan pelakon Ayda Jebat, Shaheizy Sam dan Farid Kamil ini telah mendapat kutipan tiket yang sangat memberangsakan. Namun yang tak enaknya, ia telah dimuat naik ke media sosial oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang telah merakamnya secara penuh. “Laporan dibuat selepas ada pihak yang mengadakan sesi Facebook Live sepanjang tayangan filem tersebut. Laporan polis kami lakukan agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas ke atas individu tersebut.
“Sebelum membuat laporan, pihak kami sudah menghubungi individu tersebut dan memohonnya agar memadam rakaman itu. Selepas tidak menerima jawapan balas, kami laporkan kepada pihak Facebook dan akhirnya rakaman penuh filem itu dipadamkan. “Kegiatan yang boleh disifatkan sebagai cetak rompak digital ini semakin berleluasa. Saya sangat kesal dan berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan,” katanya kepada Astro Gempak. Dalam pada itu, pelakon utamanya, Farid Kamil berkata perbuatan cetak rompak itu ibarat merogol tanpa kerelaan. Dia telah pun membuat laporan polis ekoran hal tersebut. "Sebagai pelakon siapa yang tak marah apabila hasil kerja yang dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab disalah gunakan seperti itu. "Saya ibaratkan perbuatan cetak rompak digital ini seperti saya dirogol tanpa kerelaan. "Tindakan harus diambil bagi memastikan masalah ini tidak bertambah parah dan jangan sewenang-wenangnya menyebarkan hak kerja orang lain kepada awam secara percuma,” katanya kepada mstar online. - CARI
|
6
Bagus |
21
Marah |
6
Terkejut |
5
Sedih |
3
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
noraidil_06 replied at 5-12-2017 03:10 PM
Since when merogol dgn kerelaan ujud.
Neway iols nk tgk lg citer ni. Esok la kut
debab76 replied at 5-12-2017 03:59 PM
meols sampai skrg tertanya-tanya kenapa industri filem malaysia tak gunakan jumlah penonton sbg pera ...
barfi replied at 5-12-2017 07:41 AM
Macam geli je nak tengok. Lari sebelum kena hencap
idakamaruddin replied at 5-12-2017 03:26 PM
nangis lg nnt
hehehe
mizruncing replied at 5-12-2017 03:37 PM
best ke citer ni? sape da tengok? komen plz
MH3707 replied at 5-12-2017 04:11 PM
cerita2 sampah camni tak rugi tak tengok...den kalu dapat tiket free film ni pun,den buat kesat bo ...
barfi replied at 5-12-2017 08:31 AM
Ahahaha... last iols tengok cerita melayu tombiruo. Cerita macam tu ok la kan. Ni cerita tangkap l ...
MH3707 replied at 5-12-2017 04:38 PM
tombiruo tu best ke? haritu dah beli tiket nak nengok,,tp tak jadik sbb ada emergency kena balik k ...
barfi replied at 5-12-2017 08:41 AM
Ko tunggu la nanti2 ada la keluar di mana2 website. Best! 8/10.
Sebab pengarah tombiruo mat sal ...
MH3707 replied at 5-12-2017 04:45 PM
tau...tgk trailer pun look good...tu yg gi beli tiket...den bukan senang nk beli tiket wayang es ...
ADVERTISEMENT