Kasihan! Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun lebam pada alat kelamin akibat dicubit oleh guru tadikanya. Memetik laporan Harian Metro, mangsa dicubit gurunya yang berusia 30-an itu kerana dia tidak mahu tidur siang. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Kampung Baru, Sungai Buloh, Selangor 17 November lalu.
Bapanya hanya menyedari kesan lebam itu ketika memandikan mangsa pada jam 7 petang hari yang sama. “Apabila menyoal anak mengenai kesan lebam itu, dia menyatakan dicubit gurunya. “Kami membawanya untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan doktor mengesahkan alat kelamin mangsa lebam dan bengkak disebabkan kuku seseorang,” kata Woo Jack Son, 23 bapa mangsa. Pada awalnya, guru itu tidak mengaku dan berkata ia dilakukan oleh rakan tadika mangsa. “Guru itu hanya mengakui tindakannya selepas saya membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh, 23 November lalu. “Saya sudah melantik peguam untuk menguruskan kes ini,” katanya.
|
9
Bagus |
6
Marah |
2
Terkejut |
21
Sedih |
8
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sarahmirza replied at 5-12-2017 02:45 PM
Sesetengah cainis ni kejam mendidik anak.
Pukul 9 malam pun anak boleh memekak menangis kat luar ru ...
ADVERTISEMENT