CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kejam: Mata Kena Cungkil

28-8-2013 10:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8736| Komen: 55

Beijing: Seorang kanak-kanak dicungkil matanya selepas dilapor diculik oleh seorang penyeludup organ.
Anggota keluarga menemui kanak-kanak berkenaan berlumuran darah tiga hingga empat jam selepas dia hilang ketika bermain di luar rumah.


Mata mangsa ditemui berhampiran tetapi korneanya hilang, menunjukkan seorang penyeludup organ bertanggungjawab terhadap serangan ngeri itu.

Polis menawarkan hadiah 100,000 yuan (RM52,800) kepada mereka yang dapat memberi maklumat hingga suspek, yang dipercayai wanita, dapat ditangkap.

“Mukanya berlumuran darah ketika ditemui. Matanya dicungkil,” kata bapa mangsa kepada Televisyen Shanxi.

Rakaman televisyen itu menunjukkan bahagian mata mangsa yang berbalut dibawa keluar dari bilik pembedahan dan ditempatkan di sebuah katil hospital, meraung kesakitan sementara anggota keluarganya menangis di sisi katil.



Budak itu didiberi dadah menyebabkan dia tidak sedarkan diri sebelum penyerang mencungkil matanya, lapor stesen televisyen CCTV menerusi lamannya di Sina Weibo, versi Twitter China.
Budak itu bermain bersendirian di luar rumahnya apabila dia diculik petang kelmarin. Ibu bapanya menyedari dia hilang selepas memanggilnya untuk masuk ke rumah kira-kira jam 8 malam. Selepas dia tidak muncul, ibu bapanya melancarkan gerakan mencari dengan dibantu oleh sanak saudara lain dan akhirnya menemuinya di sebuah padang berhampiran, kira-kira tiga jam kemudian.

“Kami tidak menyedari matanya hilang apabila menemuinya. Kami menyangka dia jatuh dan cedera di muka,” kata bapa mangsa.

Kehilangan mata mangsa hanya diketahu apabila dia dirawat di hospital.

Perdagangan organ secara haram didorong oleh permintaan yang begitu banyak. Kira-kira 300,000 orang menunggu giliran untuk menjalani pembedahan pemindahan organ sedangkan hanya 10,000 pembedahan dilakukan setiap tahun.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 28-8-2013 08:58 AM
aduhhh....emosi kejap baca berita2 gini...ingat kat malasyia tadi
Quote miawpink 28-8-2013 09:04 AM
sian nya budak tu
Quote nurfariezza 28-8-2013 09:16 AM
noor2 posted on 28-8-2013 08:58 AM
aduhhh....emosi kejap baca berita2 gini...ingat kat malasyia tadi

i bce pn scary...t'igt mse kcik2 dlu pnah dgr cite cmni...
Quote PostBanhammer 28-8-2013 09:40 AM
Tak terbayang kalau aku yang kene.. Ngeri siot..... Semoga penjenayah yang terlibat dapat ditangkap!
Quote NIXAR 28-8-2013 09:43 AM
selagi ada permintaan utk organ di pasaran gelap tetap akan ade tragedi mcm ni. ramai kanak2 yg hilang serata dunia setiap tahun ini la antara sebab2nye
Quote mute 28-8-2013 09:45 AM
aduii kejam sangat ni, melampau nyer....budak kecik lagi tu..
Quote adik_manis 28-8-2013 09:50 AM
uuuu..scary nye..dah amek mata pastu buang budak tu camtu aje..
Quote MengkuduMasam 28-8-2013 09:51 AM
tak mustahil bende nih akan menular ke mesia...

sbb ramai visitor dr China  kuar masuk sini....
Quote solstice 28-8-2013 09:55 AM
Manusia gila
Quote nurfariezza 28-8-2013 09:57 AM
MengkuduMasam posted on 28-8-2013 09:51 AM
tak mustahil bende nih akan menular ke mesia...

sbb ramai visitor dr China  kuar masuk sini....

uisshh..jgn r ckp cm2..
mntak2 r dijauh kn...

mse kes bdak2 byk hlang 2 pon i da sdih...
especially bdak pempuan...
cara dorg mati sgt m'aib kan..
Quote meshni 28-8-2013 10:01 AM
Reminds me of slumdog millionaire..these scums will do anything for money.
Quote ogata 28-8-2013 10:04 AM
teringat dulu ada sorang forumer pernah bangkang aku bila aku cerita hal organ organ d pasaran gelap ni...
Quote Budakmomok 28-8-2013 10:05 AM
aaargh manusia gila
Quote ladygempak 28-8-2013 10:05 AM

huuu ngeri baca kisah ni
Quote fazzrules 28-8-2013 10:38 AM
aduiyai...siannya budak tu..mmg bangsat la celaka yg jual organ haram ni....
Quote honda_jazz 28-8-2013 12:02 PM
haram jadah betol..mesti seksa tanggung sakit..
Quote akughi 28-8-2013 12:05 PM
gi balai polis buat report ade kes kecurian biji mata, sempoi punye pencuri
Quote emelia1509 28-8-2013 12:09 PM
kesian budak tu..gelap masa dpn
Quote ad_hoc79 28-8-2013 12:23 PM
ngerinyer....

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.043330 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top