Seronoknya tengok gambar kawan-kawan melancong di Iceland! Setiap dari anda mesti ada impian nak jejakkan kaki di Iceland. Siapa yang tak mahu kalau dah ada peluang?
Sebelum ini mesti ingat melancong ke Iceland wajib kena mengeluarkan duit yang besar untuk makanan. Salah! Ada cara untuk lebih berjimat! Mesti teruja nak tahu kan?
Tips ini sangat berguna untuk anda yang memilih penginapan di hostel atau rumah penginapan yang menyediakan kelengkapan dapur! Walaupun nak jimat perut tetap perlu di isi, betul? Ini caranya: Sebelum ke Iceland jangan lupa tapau siap-siap makanan segera yang anda rasa kena dengan 'anak tekak' anda. Ini kerana makanan di Iceland sangat mahal jika dibandingkan dengan Malaysia! Paling murah roti nan kosong dalam RM15, kebab dalam RM20, nasi beriani dengan lauk ayam tandoori dalam RM60. Kalau hidangan besar tak apa tapi selalunya untuk seorang makan je. Jadi sesiapa yang berhajat nak ke Iceland, tapi nak jimat, sila bawa stok makanan seperti Brahim. Selain tu kalau anda nak cuba makanan tempatan Iceland, silalah tinjau pasar raya seperti Bonus and Netto. Kedua-duanya murah berbanding yang lain. Jimat, jimat juga ya tapi jangan lupa cuba juga makan sup udang galah dan juga yogurt keluaran tempatan iaitu Skyr. Alang-alang dah ke Iceland, perlu juga cuba makan satu atau dua makanan tempatan. Ada juga restoran sushi yang menghidangkan daging ikan paus! Ice, Ice, Baby! Jom ke Iceland! -CARI
|
18
Bagus |
23
Marah |
7
Terkejut |
13
Sedih |
34
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lililen replied at 5-12-2017 05:32 PM
ape yg best kt iceland ni selain ade ice?
MissNigga replied at 5-12-2017 10:34 PM
share ar itinerary kat sana ..
especially utk back packer traveler ....
Iceland ... salah satu ne ...
azradiza replied at 6-12-2017 09:19 AM
iols share itinerary backpacking tour yg iols ikut last year
Day 1
pinkpunk replied at 5-12-2017 05:16 PM
artikel takat cmni, x membantu langsung.. hmmm..
transporter replied at 6-12-2017 03:21 PM
Setuju 106% (GST incl). Setakad cara nak jimat makan (bukan saja di Iceland), ramai travellers tau ...
Sabrinaazman91 replied at 6-12-2017 06:44 PM
Ada tak yg nak join sy prgi iceland disember 2019 nnti.. yg pnting prempuan dan ada lesen mmandu.. j ...
syue86 replied at 6-12-2017 09:12 AM
brahim nasi arab kambing tu x sedap..sil aavoid..nasi goreng kampong ok.
bie_2005 replied at 7-12-2017 04:19 PM
Brahim's nasi briyani ayam sedap gak tapi baru ni beli Mychef nasi arab ayam kabsah bwk pi jepun, ...
mesmerize replied at 11-12-2017 11:36 PM
iceland public transport ok ke? ke kena drive jugak kalau nak keliling negara tuh
Sabrinaazman91 replied at 6-12-2017 06:44 PM
Ada tak yg nak join sy prgi iceland disember 2019 nnti.. yg pnting prempuan dan ada lesen mmandu.. j ...
ADVERTISEMENT