CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

7 Warung Sedap Di Melaka - Must Try Kalau Tak, Rugi!

8-12-2017 03:56 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 13563| Komen: 30|Original author: Oleh: Azza Rai



1)   Roti canai kayu arang, Bachang

Tengok gambar pun dah tahu, roti canai kat sini sedap. Apa tidaknya, kuali tempat menggoreng roti ini menggunakan bakaran kayu arang. Unik dan inilah yang menyebabkan ia menjadi tumpuan dengan ‘signature dish’ bersama kuah dal pekat yang menyelerakan.

 

 


2)   Keria antarabangsa Haji Jalil, Limbongan

Tersohor sungguh kuih keria ini sampaikan ada yang sanggup datang balik hari dari Kuala Lumpur hanya untuk melepaskan kempunan menikmati keria Melaka yang sebenarnya telah diusahakan 40 tahun yang lalu.

 



3)  
Asam pedas Selera Kampung

Tak lengkap kunjungan ke Melaka tanpa menikmati keenakan asam pedas yang menjadi bualan itu. Banyak tempat yang menghidangkan asam pedas, tapi antara yang best ialah di sini, terasa kuahnya yang pekat bersama ikan pari atau tenggirinya yang menggiurkan.

 

 



4)   Coconut Shake Klebang

Basahkan tekak dengan minuman kelapa, isi, ais yang dikisar halus bersama aiskrim vanilla sebagai ‘topping’. 

Cukup menyegarkan tekak di kala cuaca panas.

 

 



5)   Cendol Bakar Simpang Ampat

Tidak hanya di Melaka, menu ini juga mempunyai cawangan di Kuala Selangor dan Port Dickson. 




6)   Medan ikan bakar Muara Sg. Duyung


Aneka makanan laut boleh di dapati di sini yang dibuka pada jam 5 petang hingga 12 malam. 


Bermula dengan ikan siakap, jenahak, kupang, sotong, kepah hinggalah pelbagai jenis siput yang boleh dimasak sama ada bakar, bersos atau celup tepung.





7)   Nasi briani Haji Tamby

Dikatakan menu nasi briyani tersedap di Melaka malahan pemiliknya Haji Tamby suka bersedekah kepada pelanggan yang datang. Istimewanya nasi briyani diberi percuma cuma bayar lauk sahaja.

 

Banyak lagi lokasi makan menarik di Melaka, cuma tujuh tempat ini wajib anda cuba ya.- CARI 

6

Bagus
11

Marah
5

Terkejut
15

Sedih
8

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote barfi 8-12-2017 03:59 PM
Aku pernah tinggal di Melaka for 2years.

Sayangnya, tekak aku tak kena dengan selera org melaka kecuali coconut shake.

Ikan bakar cicah sambal kicap bagi aku is a big no no.. better cecah air asam atau the best is cecah budu la..(membesar di kelate, tekak kelate ler)

Asam pedas pulak aku tak minat sebab terlampau pekat.
Quote CardiGans85 8-12-2017 04:35 PM
Penah mkn kt medan selera sg duyung tu tp x berapa kena dgn tekak. Mkn ikan bkr petai ana kt kuantan sedap lg kot rsnya.
Quote Laracrop 8-12-2017 04:38 PM
Lara kalau p melaka.. Mmg wajib pergi muara sg duyung.. Mmg terbaik,sedap,masa penyediaan pun cepat.. Xperlu tggu lama.. Seeloknya.. Pergi mkn dalam pukul 6 ptg.. Kalau dtg kol 8..mmg jenuh beratur panjaaaaanngg...
Kalau asam pedas, lara syorkan asam pedas claypot kat kota laksamana..
Kalau pergi beli dan singgah kedai d limbongan nak rasa kuih keria antarabangsa,jangan lupa rasa laksanya sekali.. Mmmg sedap sgt2.
Pernah mencuba coconut shake..mmg tak menyelerakan.. Hanya sebab tular je.. Ais d kisar kasar..xsedap mana pun..
Quote buragazz 8-12-2017 05:27 PM
1. Cendol bakar tu kureng klu nak cendol sedap depat dataran Alor Gajah tu

2. Keria tu memang betul lah tapi dekat area tu ada dua so kene pegi yang Hj.Jalil

3. Muara sungai duyung tu pun kureng sekarang Ala Kassim kat Cyristal Bay yang mantop...
Quote tokchik 8-12-2017 05:46 PM
CardiGans85 replied at 8-12-2017 04:35 PM
Penah mkn kt medan selera sg duyung tu tp x berapa kena dgn tekak. Mkn ikan bkr petai ana kt kuantan ...

setuju
memang tak sedap
hrga pulk mahal

pergi sebb terpengaruh dgn berita ktanya ikan bakar yg terbaik.
tapi .....
Quote CardiGans85 8-12-2017 06:02 PM
tokchik replied at 8-12-2017 05:46 PM
setuju
memang tak sedap
hrga pulk mahal

Sabar jela.klu x cuba, kita x tau kan. Rsnya kt melaka tu ade kedai yg lg sedap dr tempat ni.
Quote dubuk 8-12-2017 06:37 PM
ooohhhhhhhh Coconut Shake Klebang
Quote tagas 8-12-2017 11:36 PM
cucur udang alor gajah thorbaekkk
Quote husie91 9-12-2017 06:45 AM
so far yg pmh try kt list di atas ni coconut shake..asam pedas..and keria. yg okay n percaya review keria je. asam pedas big no no sbb pekat n rasa pelik la org melaka punya. bila tanya2 rupanya campur daun limau purut. sbb rasa kt hujung2 pahit. ni yg i makan kt kota laksamana. coconut shake plak..biasa3 jeee. beratur pjg tp bila dpt tak sama mcm expectation{:nose
Quote Ipo 9-12-2017 07:22 AM
dah kenapa tajuk no.1 tu roti canai , gambar asam pedas pulak?

dah try kat muara sg tu, tak sedap. Aku lagi suka kat Bagan Lalang, terbaik

kalau asam pedas, memang dekat kota laksamana tu sedap. dua tahun kat melaka, tak banyak tempat yang aku suka makan tapi nasi lemak Esso kat Kg Gelam tu memang sedap!





Quote pearl.silver 9-12-2017 07:39 AM
Edited by pearl.silver at 9-12-2017 07:40 AM

Pergi melaka i ingat mana2 asam pedas pun sedap..pernah mkn asam pedas claypot kat medan selera tepi jalan dekat ngan pantai tu sedap...mkn asam pedas kat bazar jual barang tempatan sederet mahkota parade tu pun sedap..

Kuih keria x rasa lagi
Coconut shake dah rasa tp biasa2 je sama je coconut shake tempat lain
Asam laksa first time mkn kat melaka..jatuh cintaaa...
Quote kerasuk 9-12-2017 07:49 AM
ok ni untuk alternatif;

1. roti canai - roti canai kayu arang tu tak pernah pergi lagi tapi kalau x silap dia bukak utk sarapan je. kalau malam boleh try satu kedai ni dekat simpang King's hotel ayer keroh. roti canai dia sedap jugak. lagi satu dekat pasar borong batu berendam. bnyk kedai asam pedas kat sini dan boleh kata semua ada roti canai. not bad jugak. yg pastinya dekat melaka roti canai melayu lagi sedap dari mamak.

2. coconut shake - boleh try dekat batu berendam punya. personally prefer kat sini sebab dia ada chocolate rice hehe. rasa pun sedap. yg penting tak se-sesak kat klebang sana. oh ye kuih keria pun ada kat sini. utk yg malas nk beratur panjang dekat limbongan tu leh pegi sini je

3. asam pedas - boleh try hajah mona dekat kota laksamana. lagi satu dekat ayer keroh depan mydin ada asam pedas parit jawa. tp yg ni kena dtg awal stok ikan dia x bnyk kecuali kembong

4. cendol - google cendol asli mozari dekat ayer keroh. hands down, cendol paling sedap dekat melaka. hehe

5. burger ramly - dekat depan 7-e ayer keroh berhampiran ikan bakar malim.  tak kedekut sayur, mayonis dan sos. burger paling sedap dekat melaka

6. nasi ayam - boleh try nasi ayam singapore dekat krubong

ni tempat2 makan yg kena dgn selera tekak aku la..kalau korg pegi pastu rasa x sedap jgn marah eh


Quote Konahhh 9-12-2017 05:18 PM
Konah tak pernah suka coconut shake sebab mana2 shake nya mesti tak kena dek tekak. But keria sedap la, beratur je panjang & sometimes staff nya kekwat sebab dah fofular katakan
Quote yangsemb 9-12-2017 06:22 PM
Ok boley try in my nx trip
Quote Cari-Azza 9-12-2017 08:07 PM
Jom cuti ke Melaka minggu ni
Quote Cikbedah_janda 10-12-2017 09:02 AM
Last year hakak pnh pegi muara ikan bakar tu. Pegi pukul 8 tapi trpaksa beratur panjang ya amatttt. Lepastu nak tunggu meja lagi. Korang bayangkan tunggu sejam lebih baru dpt makan. Last2 makanan yang dihidang? Nan hado uollsss! Keciwa ya amat. Tak padan dgn harga. Mmg lpsni tak pergi dah.
Quote yayangmama 10-12-2017 01:25 PM
Edited by yayangmama at 10-12-2017 01:27 PM

selalu on d way nk g kl, sy akan selalu singgah melaka kalau bwk mak

sbb mak suka asam pedas kt mydin mitc tu

coconut shake klebang je yg slalu pegi, mcm memana sama je kot kalau guna aiskrim walls vanila tu

nanti bebila rajin nak try roti canai 50sen kt sri krubong


Quote LautBiru52 10-12-2017 07:40 PM
Coconut shake klebang tu bg aku langsung tak sedap. Pelik betul kenapa org beratur pjg mcm nk pilihanraya. 2 kali aku pegi. 2 kali kecewa.  Ais dah la kasar. Byk lg coconut shake jauh lg sedap dari kedai famous tu. Kuih sejuk liat. Mengarut sgt
Quote YPM_Addora 10-12-2017 09:48 PM
setakat ni, kalau pegi melaka mesti tak sempat nak rasa asam pedas.
Hopefully next week sempat singgah

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.137619 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top