Mengejutkan, kajian terbaharu mendapati kira-kira 60 peratus wanita bujang di Jepun enggan memulakan hubungan cinta. Ini disebabkan oleh beban kerja yang semakin meningkat, lapor The Japan Times yang memetik tinjauan cocoloni.jp, sebuah agensi khidmat nasihat dalam talian.
Golongan wanita di negara itu dikatakan berdepan dengan beban kerja yang sama dengan kaum lelaki. Selepas penat bekerja, kaum wanita memilih untuk berehat sambil menonton drama, berbanding mahu melayan kaum lelaki. Cinta di pejabat tidak dilihat sebagai satu perkara yang menarik lagi, malah mereka enggan untuk membuat janji temu dengan lelaki yang tidak dikenali kerana jarang mendatangkan hasil memuaskan. Malah, tinjauan yang dilakukan juga mendapati satu daripada empat wanita sering tertidur ketika temu janji disebabkan keletihan. Berbeza dengan wanita zaman 1980an, lebih 60 peratus golongan muda berusia 20an sudah menjalinkan hubungan, namun ia adalah satu perkara 'rare' pada masa ini.
|
6
Bagus |
29
Marah |
22
Terkejut |
14
Sedih |
16
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 4-12-2017 04:42 PM
attitude ni takkan berlaku di malaysia sbb sebahagian busy kt board gossip
finesse replied at 4-12-2017 07:34 PM
Baguslah perempuan x berkahwin pun..
Kurang sikit populasi manusia ni..
Kittie replied at 4-12-2017 06:21 PM
Kat Jepun, populasi pempuan 51.2%.
Kat Malaysia, populasi pempuan 48.3%.
(Sumber: World Bank & Sta ...
batmana replied at 5-12-2017 12:01 AM
org laki cepat mati daa..stats tu klu tunjuk, ramai laki umur muda
bila umo 60 thn keatas, ramai ...
ADVERTISEMENT